Bahan-bahan ( 8-10 orang ) MEATBALL: 700gm daging cincang/kisar 170gm biskut cream cracker (hancurkan) 6 ulas bawang putih (tumbuk lumat) 1 inchi halia (tumbuk lumat) 1 sdb garam 1 1/2 sdb serbuk lada sulah 2 sdb tepung jagung sedikit daun sup (potong halus) 1 biji telur 2 biji telur (untuk menggoreng) BAHAN STEW: 1 inchi halia 10-15 tangkai cili kering 8 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah satu set lengkap rempah tumis 1 sdk oregano (optional) 100gm @ 1 tin kecil tomato puree 115gm @ 1/2 botol kecil sos tomato 3 liter air 1 batang tulang rusuk lembu (potong kecil dan rebus dahulu. Ketepikan bersama stoknya sekali) 1 sdb tepung jagung (bancuh bersama sedikit air) 2 biji carrot (potong segiempat tepat) 7 biji kentang (potong 4 menegak dan goreng) Kobis bunga P/S: Jika tak ada tomato puree, masukkan saja 1 botol kecil tomato sos sebagai gantinya. [x] Cara-cara MEATBALL: Campurkan semua bahan (kecuali 2 biji telur untuk menggoreng), dan gaul sebati. Bentukkan bebola (saiz jangan terlalu kecil sbb biasanya saiz untuk stew agak besar). Gaulkan ke dalam telur yang dipukul dahulu sebelum menggoreng. STEW: Kisar halia, cili kering, bawang putih dan bawang merah. Kemudian, tumis bahan ini bersama rempah tumis sehingga garing. Masukkan pula tulang bersama-sama air stoknya sekali. Kemudian, tambahkan lagi air (3liter). Apabila sudah mendidih, masukkan tomato puree& tomato sos. Kacau. Masuk pula garam, serbuk perisa (jika suka), kobis bunga dan carrot. Bila kobis & carrot sudah separuh masak, masukkan air campuran tepung jagung. Akhir sekali, masukkan meatball dan kentang goreng. Kacau sedikit dan matikan api. Boleh dihidang bersama garlic bread atau apa-apa jua hidangan bersesuaian. P/S: Tak semestinya guna tulang rusuk lembu. Boleh juga guna any other parts ataupun tulang-tulang ayam seperti kaki, leher etc.. dengan timbangan yang setara.
|
ADVERTISEMENT