CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Imbas Kembali Detik Akhir Mh370

9-3-2015 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16361| Komen: 134

Imbas Kembali Detik Akhir Mh370


Penerbangan MH370 Malaysia Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada pukul 12.41 pagi menuju Beijing dengan 227 penumpang dan 12 orang anak kapal.

MH370 adalah penerbangan perkongsian kod dengan China Southern Airlines.

Pesawat jenis Boeing 777-200 ER itu dipandu juruterbang veteran, Zaharie Ahmad Shah.

Penumpangnya termasuk 153 warga China, 38 (Malaysia), 12 (Indonesia), enam (Australia), tiga (Perancis), empat (Amerika), dua (Ukraine), dua (New Zealand), dua (Kanada), dan masing-masing seorang dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria.

Belum sampai sejam penerbangan, ketika pesawat itu menghampiri Igari Waypoint di mana ia akan diserahkan kepada kawalan trafik udara Ho Chi Minh City, ia hilang daripada skrin radar.

"Good night Malaysian three seven zero" adalah perkataan terakhir datang daripada kokpit. Tidak ada isyarat kecemasan dipancarkan.

Kapal terbang itu kemudiannya dikesan oleh radar tentera Malaysia apabila ia melencong dari laluan penerbangannya dan melintasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Laut Andaman.

Ping komunikasi antara pesawat dan rangkaian satelit membuat rumusan pesawat itu terus terbang sehingga pukul 8.19 pagi ke arah selatan Lautan Hindi.

Bagaimanapun, lokasi sebenar masih belum dapat ditentukan.

Gerakan mencari yang melibatkan banyak negara dikerahkan tetapi tidak berhasil. Australia mengetuai peringkat kedua gerakan mencari pesawat MH370 dan kosnya dilaporkan semakin melambung.

2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanamunir 8-3-2015 11:28 AM
sedih betul kat part ni,"Good night Malaysian three seven zero"..
Quote melzal 8-3-2015 11:46 AM
Sedihnya....kehilangan yang x dpt dikesan....dimanakah sebenarnya mh370 ni
Quote ogata 8-3-2015 11:56 AM
berdoa dan berharap akan dijumpai soon.. tak kisah la dalam bentuk apa jua keadaan...
Quote mattzzx 8-3-2015 12:30 PM
Misteri yang belum ada jawapannya....
Quote batmana 8-3-2015 02:38 PM
harini semo lagu sedeh dlm radio
Quote wanlya 8-3-2015 03:28 PM
misteri sungguh kehilangan MH370 ni....mcmne boleh ke lautan hindi..
Quote amiraira 8-3-2015 03:37 PM
Knapa perlu imbas kembali

Kesian pada family yg terbabit
Quote ice_sky92 8-3-2015 03:53 PM
amiraira replied at 8-3-2015 03:37 PM
Knapa perlu imbas kembali

Kesian pada family yg terbabit

Harini genap setahun MH370 hilang.
Quote amiraira 8-3-2015 04:00 PM
ice_sky92 replied at 8-3-2015 03:53 PM
Harini genap setahun MH370 hilang.

Ya Mira ingat tu

Just sedekah al fatihah buat arwah je

Mira cuma x leh bayangkn family member derang

Sebak mencengkam
Quote cmf_premierleag 8-3-2015 04:16 PM
Malam ni kat ch Nat Geo and History Channel ada dokumentari khas psl mh370
Akak dah standby rekod dgn astro pvr
Quote jargon 8-3-2015 06:36 PM
I hope eagle express x senasib mh....
Quote dani-rox 8-3-2015 06:57 PM
teringat drawing paling popular masa mula2 kehilangan MH370 dulu.

Quote noor2 8-3-2015 06:59 PM
cmf_premierleag replied at 8-3-2015 04:16 PM
Malam ni kat ch Nat Geo and History Channel ada dokumentari khas psl mh370
Akak dah standby rekod d ...

Pukul berapa tu?...i nk tengok gak....
Quote cmf_premierleag 8-3-2015 07:44 PM
noor2 replied at 8-3-2015 06:59 PM
Pukul berapa tu?...i nk tengok gak....

Yg history channel kul 8pm - 10pm
Yg kat Nat Geo kul 10pm - 11pm
Selamat menonton
Quote noor2 8-3-2015 07:46 PM
cmf_premierleag replied at 8-3-2015 07:44 PM
Yg history channel kul 8pm - 10pm
Yg kat Nat Geo kul 10pm - 11pm
Selamat menonton

Tqqq.....selamat menonton bersama juga....
Quote noor2 8-3-2015 07:51 PM
cmf_premierleag replied at 8-3-2015 07:44 PM
Yg history channel kul 8pm - 10pm
Yg kat Nat Geo kul 10pm - 11pm
Selamat menonton

Ok...dapat dah tajuk...ghost planes and mysteries of flight 370
Quote Mr.Virus 8-3-2015 08:00 PM
Harap raja bomoh diberi peluang untuk buat 1 lagi ritual di airport
Quote noor2 8-3-2015 08:15 PM
Sedih pulak tengok........iklan pulak..
Quote chippotato 8-3-2015 08:50 PM
noor2 replied at 8-3-2015 07:51 PM
Ok...dapat dah tajuk...ghost planes and mysteries of flight 370

Best doc yg ni....teori nya boleh pakai...

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.080550 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top