CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH370: Anak masih belum tahu ayahnya hilang

9-3-2015 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3773| Komen: 6

MH370: Anak masih belum tahu ayahnya hilang

Danica tidak bersedia untuk memberitahu kehilangan suaminya, Paul Weeks kepada dua orang anak mereka Lincoln, 4 dan Jack, 2 tahun. -Foto Daily Mail Australia

AUSTRALIA , 8 Mac:

Genap setahun kehilangan pesawat MH370, dua kanak-kanak yang kehilangan ayah mereka masih belum mengetahui berita itu kerana ibunya, Danica Weeks belum bersedia menyampaikan berita sedih tersebut.

Daily Mail Australia melaporkan, Danica tidak bersedia untuk memberitahu kehilangan suaminya, Paul Weeks kepada dua orang anak mereka Lincoln, 4 dan Jack, 2 tahun.

Danica dilaporkan enggan berbohong kepada kedua-dua anaknya itu dan akan memberitahu apabila kebenaran sebenar ditemui.

“Ada yang menyuruh saya untuk memberitahu perkara sebenar kepada anak-anak dan saya hanya menyoal mereka kembali dengan adakah anda mahu?

“Ini kerana saya tidak mahu meletakkan mereka dengan keadaan saya (sekarang) dan menjadi sesuatu yang berbeza. Saya memilih untuk memberitahu mereka nanti,” katanya.

Katanya, setahun kehilangan suaminya itu membuatkan kehidupannya pudar kerana tidak dapat melihat ataupun mengucapkan selamat tinggal kepada suami yang dianggap sebagai kawan baik.

“Saya hanya seorang suri rumah yang mahukan suaminya yang hebat untuk pulang. Dia banyak membantu dalam keluarga dan saya percaya dia juga akan melakukan perkara yang sama jika berada dalam situasi saya ini.

“Dia akan membawa kami pulang dan saya akan lakukan untuknya, dia berhak untuk semua itu,” katanya

Paul Weeks, 39, rakyat New Zealand yang menetap di sini dan merupakan seorang jurutera mekanikal.

Beliau dalam perjalanan ke Mongolia apabila pesawat yang dinaikinya itu hilang secara misteri.

Danica berkata, suaminya sempat memberikan cincin perkahwinan pada hari terakhir mereka berjumpa sebelum pesawat yang dinaiki suaminya hilang.

Katanya, dengan sokongan daripada sebuah komuniti Australia Barat, dia dapat menjalani hidup daripada trauma dengan kehilangan suaminya.

Dia berkata, susah untuk menghadapi situasi ini dan pernah berfikir untuk pindah.

“Bagi anak-anak, mereka tidak sempat mengucapkan selamat tinggal dan kenangan bersama bapa mereka,” katanya.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac tahun lalu, dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika di ruang udara Laut China selatan.

Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Perjalanan pesawat tersebut dipercayai telah berakhir di Lautan Hindi.

Jabatan Penerbangan Awam pada 29 Jan lalu mengumumkan penerbangan MH370 secara rasmi diisytiharkan sebagai satu kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan  semua 239 penumpang dan anak kapal telah dianggap kehilangan nyawa mereka.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/glob ... lang/#ixzz3TnlYQUJp

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RajaBatinDotCom 8-3-2015 10:11 PM
Sedih. Macam mana la dua orang anak tu bila terima berita tu nanti
Quote alieyrina 8-3-2015 10:19 PM
Anak2 aku apa2 sikit cari ayah ... kalau jd apa2 x dpt nak bayangkan ... kesian budak yg blum paham ...
Quote mawar_pink 8-3-2015 10:28 PM
Kesian.... Xth cemane keadaan suami..jauh disudut hati mesti berharap suami n ayah kpd anak2nye pulang..
Quote dani-rox 8-3-2015 10:29 PM
Kesiannya... kecik2 dah kehilangan ayah. Bertabahlah Mrs Weeks.
Quote Felycya 8-3-2015 10:29 PM
Sedihnyeee..
Ya allah...
Quote FOTHER-MUCKER 8-3-2015 10:44 PM
Putus cinta boleh buat orang sasau. Ni dah ada anak 2 orang. Tabah lah.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.059635 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top