CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram bina monumen peringatan MH370 – Mufti

9-3-2015 01:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8973| Komen: 45

Haram bina monumen peringatan MH370 – Mufti


KUALA LUMPUR, 5 Mac:Hukum membina monumen peringatan adalah haram, kerana Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan berunsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung, sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

“Tidak dinafikan, negara kita Malaysia telah mengalami banyak ujian dan kesengsaraan, seperti kemalangan MH370, MH17 dan banjir besar di Kelantan yang menjadi peristiwa hitam dan sejarah yang sukar dilupakan.

“Rentetan daripada peristiwa tersebut, mungkin sebagai memperingati, maka dicadangkan pembinaan monumen atau memorial.

“Sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk, selain daripada manusia dan haiwan, ia adalah diharuskan, selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah, seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak,” katanya dipetik di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas Zulkifli, perkara itu selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 hingga 23 April 2009, yang telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.

“Bagaimanapun, acara-acara seperti majlis peringatan, termasuk bacaan doa selamat, Yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan, seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

“Amalan atau perbuatan membina tugu telah diwarisi umat Islam daripada pihak penjajah. Amalan membina tanda peringatan, sekiranya dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, akan berleluasa dan sukar dikawal pada masa akan datang.

“Satu garis panduan perlu disediakan, bagi memastikan hanya tanda peringatan yang tertentu sahaja dibenarkan, tanpa sebarang unsur-unsur pembaziran,” katanya.


6

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentutmanis 5-3-2015 08:12 PM
Tugu negara tu xkan mufti diam je, pi la tegur kjaan, malu2 babi pulak
Quote sahamboi 5-3-2015 08:40 PM
Sultan di selatan buat tugu crown besar2 tu jatuh hukum haram tak. Harapnya mufti2 buat teguran tidak memilih bulu.
Quote kelana36 5-3-2015 08:47 PM
kat negara negara islam arab banyak jer buat binaan berupa tugu tapi tak ada la pulak pernah nampak yang menyerupai orang, selain dari saddam husein yang dak kena runtuh tu..

pada aku ok jer as long as tak dibuat upacara sembah, kalungan bunga semua tu..
Quote white_musk 5-3-2015 09:00 PM
bila mufti nak haramkan bank2 kat sini sebab amalan riba tu?
Quote cowey 5-3-2015 09:01 PM
kentutmanis replied at 5-3-2015 08:12 PM
Tugu negara tu xkan mufti diam je, pi la tegur kjaan, malu2 babi pulak

kan sekrang merdeka diorg dah tak bt ape2 smbutan kat tugu tu..

dulu ade, aku rase lepas fatwa kuar 2009 dah tak de..


Quote M5 5-3-2015 09:11 PM
bayar gaji bulan2 duit kat pak mopti pun membazir serta jatuh haram hukumnya
Quote ultra78 5-3-2015 09:11 PM
Sebut monumen sahaja diaorg ingat mesti ada patung manusia. Apa punya pemikiran la

WTC Memorial



Flight 93 Memorial



Pentagon Memorial


Quote FOTHER-MUCKER 5-3-2015 09:45 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-3-2015 09:46 PM

habislah malaysia menuju ke arah ... negara taliban
Quote finesse 5-3-2015 09:50 PM
Talibanisasi...
Quote FOTHER-MUCKER 5-3-2015 10:01 PM

tanam pkok kurma je jadikan monument baru ok. baru hati gembira.
Quote Bedah.Cun 5-3-2015 10:04 PM


Quote dani-rox 5-3-2015 10:29 PM
Memorial utk mangsa2 Oklahoma city bombing pon cantek
Gates of Time







Field of Empty Chairs

The 168 chairs represent the lives taken on April 19, 1995. They stand in nine rows to represent each floor of the building, and each chair bears the name of someone killed on that floor. Nineteen smaller chairs stand for the children. The field is located on the footprint of the Murrah Building.


SOURCE
Quote ifanonline 5-3-2015 10:47 PM
mufti kena ingat...curi duit melalui 1mdb haram...
Quote shazaz 5-3-2015 11:19 PM
Mereka buat untuknya apa sahaja yang dia hendaki - tempat-tempat ibadat dan patung-patung, dan mangkuk-mangkuk yang seperti palung-palung air, dan periuk-periuk yang tidak bergerak. "Bekerjalah, wahai keluarga Daud, dalam kesyukuran (berterima kasih); sedikit sekali mereka yang berterima kasih antara hamba-hamba-Ku." 34:13
Quote cecari 5-3-2015 11:26 PM
kelana36 replied at 5-3-2015 08:47 PM
kat negara negara islam arab banyak jer buat binaan berupa tugu tapi tak ada la pulak pernah nampak  ...

Pada hang ok ? Hang sapa bahlol oii nak cakap pasal hukum ? Kalau jahil tu pi la belajaq. Jgn tunjuk bodo di forum
Quote silencekiller 5-3-2015 11:31 PM
Apa kepentingan tajuk ni utk negara??

Marilaahh kita semua bincang pasal ekonomi negara kaa gst kaaa kos sara idop makin tinggi kaaa
Quote nolya 5-3-2015 11:37 PM
sahamboi replied at 5-3-2015 08:40 PM
Sultan di selatan buat tugu crown besar2 tu jatuh hukum haram tak. Harapnya mufti2 buat teguran tida ...

Kan mufti tu kata tugu yg berbentuk patung manusia dan haiwan atau yg berunsur2 keberhalaan, itu yg tak boleh.  
Quote nolya 5-3-2015 11:44 PM
ifanonline replied at 5-3-2015 10:47 PM
mufti kena ingat...curi duit melalui 1mdb haram...

mencuri ialah mengambil tanpa izin dan hukum asasnya tetap salah, berdosa dan haram.  Satu je, kalau mencuri tak jadi haram, iaitu apabila "hatiku kau curi".  Repot polis pun, polis tak nak layan.
Quote kelana36 6-3-2015 12:01 AM
cecari replied at 5-3-2015 07:26 PM
Pada hang ok ? Hang sapa bahlol oii nak cakap pasal hukum ? Kalau jahil tu pi la belajaq. Jgn tunj ...

ok tuan, nanti saya belajar....maaf ya,..




Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.220447 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top