CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Blog Berkaitan Dr. Fathul ‘Belasah’ Dr. Maza

9-3-2015 02:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6957| Komen: 28

Satu Blog Berkaitan Dr. Fathul ‘Belasah’ Dr. Maza


NAMPAKNYA kontroversi perihal riwayat ‘Roti Jala’ yang melibatkan dua figura disegani dalam hal ehwal agama semakin panas apabila sebuah blog yang dipercayai milik Dr. Fathul Bari ‘membelasah’ kembali Datuk Dr. Asri Zainul Abidin dalam ruangan blog Abu Aqif Studio.

Jika sebelum ini, Mufti Perlis yang juga dikenali sebagai Dr Maza ini telah mengemukakan bukti mengenai hadis-hadis palsu dalam ceramah agama Datuk Mohd. Kazim Elias dalam laman Fecebooknya.

Kini, Dr. Fathul Bari pula tampil mendedahkan hadis yang pernah diseleweng oleh Dr. Maza dalam menghalalkan benda yang haram hingga menimbulkan pertikaian dan persoalan pelbagai pihak.

Apa yang paling mengejutkan, blog tersebut mendakwa Mufti Perlis sering menyeleweng dalam mengeluarkan dalil-dalil tertentu bagi menghalalkan tindakan diri sendiri dan rakan sepejuangan.



Menerusi blog tersebut, antara dalil-dalil salah yang pernah dikemukakan Dr. Maza adalah:

- Guna hadith jiran untuk halalkan demonstrasi
- Guna istilah simbolik untuk halalkan Candle Light Vigil
- Guna dalil untuk halalkan kondem pemerintah secara terbuka
- Guna kias untuk halal babi
- Guna kias untuk halal arak
- Guna dalil akal untuk halal salam lelaki perempuan
- Guna “pandangan demokrasi” untuk hina Islam dan puji kafir dalam hanya masalah tak susun selipar
- Guna dalil akal untuk haramkan hukuman rejam
- Guna dalil hak rakyat untuk halal fitnah pemerintah
- Guna dalil hak rakyat utk dan menyamakan kerajaan dengan babi
- Seleweng ayat al-quran untuk mengecop ulama kerajaan yang tidak sependapat sebagai anjing

Sebenarnya, kami sendiri tidaklah begitu arif begitu dalam mengenai hal-hal agama sebegini untuk mengulas lebih lanjut hal seumpama ini.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam tugas menegur yang salah dan silap itu sudah menjadi tanggungjawab semua muslim namun haruslah dengan cara yang baik agar tidak menyakitkan antara satu sama lain.

Bagi kami, masing-masing merupakan individu yang disegani dan dijadikan rujukan perihal agama, maka moleklah sekiranya berdamai dengan baik dan bukan menghentam satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC

9

Bagus
4

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 7-3-2015 08:25 PM
nanti2 mengaku fake pulakkkk...
Quote ib-instaforex 7-3-2015 08:27 PM
Edited by ib-instaforex at 7-3-2015 08:28 PM
mak_wa95 replied at 7-3-2015 08:25 PM
nanti2 mengaku fake pulakkkk...

kita tengok jer nanti..apa-apa perkembangan Dr Maza Vs Dr. Fathul Bari  akan diupdate di thread ni..

Quote Ah_Kwan 7-3-2015 08:28 PM
Keh keh keh

Ini dua makhluk aaa...sepusat sepusing..mak lain-lain..bapak asing-asing

Keh keh keh
Quote mak_wa95 7-3-2015 08:29 PM
ib-instaforex replied at 7-3-2015 08:27 PM
kita tengok jer nanti..apa perkembangan Dr Maza Vs Dr. Fathul Bari  akan update di thread ni..

ok..kita tunggu,kalau tak lusa, tulat terbongkar la..berpuluh2 blog nama FB fake belaka, mcm DUKE tu..
Quote akubest 7-3-2015 08:31 PM
hencap punya hencap...ayat ujung2...

Sebenarnya, kami sendiri tidaklah begitu arif begitu dalam mengenai hal-hal agama sebegini untuk mengulas lebih lanjut hal seumpama ini.

dah ko tak ariff dendiammmm sajorkk masuk porem bulih tak...
haishhhhhh
Quote TuntungReturn 7-3-2015 08:35 PM
kite harus kembali ke ajaran islam sebenar
Quote ib-instaforex 7-3-2015 08:35 PM
akubest replied at 7-3-2015 08:31 PM
hencap punya hencap...ayat ujung2...

Sebenarnya, kami sendiri tidaklah begitu arif begitu dalam m ...

kata kat tt ker ni..tt hanya ambil dr  MYNEWSHUB.CC jer..

Quote akubest 7-3-2015 08:37 PM
ib-instaforex replied at 7-3-2015 08:35 PM
kata kat tt ker ni..tt hanya ambil dr  MYNEWSHUB.CC jer..

sib baik angkat tangan awai2...hikhikhik....

so aku kornar kata kat MYNEWSHUB
Quote nolya 7-3-2015 08:41 PM
Pulak dah.  Apakah dgn adanya perselisihan antara Dr. maza vs UKE membuka satu peluang dn kesempatan bagi Dr. Fathul 'membelasah' Dr. Maza.  Mau menangguk di air yg keruh?
Quote Anak_Nogori 7-3-2015 08:42 PM
Apa bukti tu dari Dr Fatul?..

Dr Fatul ni kawan baik dr maza..

Artikal ni dah lama masuk dlm mykmu.
Quote ib-instaforex 7-3-2015 08:44 PM
akubest replied at 7-3-2015 08:37 PM
sib baik angkat tangan awai2...hikhikhik....

so aku kornar kata kat MYNEWSHUB

ok2 ..fine
Quote akubest 7-3-2015 08:46 PM
Anak_Nogori replied at 7-3-2015 08:42 PM
Apa bukti tu dari Dr Fatul?..

Dr Fatul ni kawan baik dr maza..

seperti biasaaaa

adalah BATU API yg menangguk di air yg keruh....

macam siot kannn????
Quote kambeng_masam 7-3-2015 09:38 PM
takut2 ada tukang jadi batu api je. orang tu tak kata apa...sekali dibuatnya fesbuk page palsu dan saling memburuk burukkan satu sama lain.
Quote Anak_Nogori 7-3-2015 09:43 PM
akubest replied at 7-3-2015 08:46 PM
seperti biasaaaa

adalah BATU API yg menangguk di air yg keruh....

Saya baca ni kesannya bila agamawan rela menyelesaikan masalah melalui fb..
Quote giyomi 9-3-2015 06:10 PM
Abis tu yg pernah kata harga barang naik adalah ketentuan Allah, tempah tempat kat mana ek
Quote karengkang 9-3-2015 09:08 PM
Anak_Nogori replied at 7-3-2015 08:42 PM
Apa bukti tu dari Dr Fatul?..

Dr Fatul ni kawan baik dr maza..

abu aqif ni geng2 Dr. Fathul Bari...depa mmg ada "dendam" ngan Dr. MAZA pasal mentahzir Syeikh Rabi' al madkhali..
sehingga lar ke hari ni, murid2 syeikh rabi' mmg tak puas hati..
So, mmg betul antara salafi kat malaysia ni pun bercakaran sesama sendiri..

Anyway, aku menghormati keilmuan kedua2 mereka ni..
tak kira lar yg mazariyyun ke madkhaliyyun ke..
siapa yg boleh provide ilmu yg sahih...aku amek ilmu mereka..
ada part yg aku bersetuju ngan pandangan Dr. Fathul Bari dan geng2 ILMU...
ada part lain lak aku bersetuju dgn pandangan MAZA..

manusia bukan boleh betul semua dalam semua perkara...
yea dak ?


Quote Aliaskotonggo 9-3-2015 09:46 PM
karengkang replied at 9-3-2015 09:08 PM
abu aqif ni geng2 Dr. Fathul Bari...depa mmg ada "dendam" ngan Dr. MAZA pasal mentahzir Syeikh Rab ...

geng2 salapi rupanya
Quote karengkang 9-3-2015 10:04 PM

Saper ? Aku ka ?
Quote alesandra 9-3-2015 10:26 PM
bawak2 la jgn ikut perangai syaitan.....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.093803 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top