LadyLista - Resepi ni mudah sangat dan sedap. Tak ramai yang suka makan daging itik ni. Tapi ini adalah antara menu hidangan yang membuka selera sekeluarga. Dalam sebulan tu mesti ada menu ni. Anda juga boleh mencubanya. Tersangatlah mudah... BAHAN-BAHAN: 1 ekor itik (dilayur utk membuang anak2 bulunya, dipotong dan dibersihkan & direndam air limau lebih kurang 3 minit dan ditoskan) garam (ikut keperluan) serbuk kunyit (ikut keperluan) beberapa helai daun pandan (lagi banyak lg bagus sbb lbh aroma) minyak untuk menggoreng CARA MEMASAK Gaulkan daging itik yg tlh ditoskan tadi dengan garam dan kunyit secukup rasa. Perapkan sebentar.
Panaskan minyak. Masukkan daun pandan diikuti dengan daging itik tadi. Biarkan daging itik tersebut beralas daun pandan di dalam kuali tersebut. Jika inginkan lebih aroma boleh letakkan lebihan daun pandan diatasnya pula. Goreng hingga masak dan hidangkan. TIPS : Jika anda suka berempah, boleh masukkan biji ketumbar dan sedikit jintan manis. Boleh juga digunakan teknik membakar (BBQ) |
ADVERTISEMENT