CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pinjaman Peribadi: Ramai Terpedaya Kerana Nafsu

11-3-2015 10:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8105| Komen: 23

Pinjaman Peribadi: Ramai Terpedaya Kerana Nafsu

Gambar Hiasan

"MACAM tak cukup untuk pinjam RM5,000. Isteri encik kerja? Berapa gaji isteri? Apa kata kami tawarkan pinjaman bersama.

"Kami kenakan faedah 10 peratus sebulan. Setuju?
            
"Bagi saya kad ATM suami isteri. Kalau encik nak meminjam, ini adalah syarat kami. Tulis no pin kad kamu.
            
"Tandatangan baucar kosong. Ini baucar kami nak keluarkan duit. Ini RM4,500 setelah ditolak RM500 untuk proses, setem, peguam dan angkat sumpah."
            
Meskipun dialog ini adalah sedutan video yang dihasilkan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) tetapi ia antara modus operandi (MO) segelintir syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.
            
Menurut Yang Dipertua PKP, Samsudin Mohamad Fauzi, video ini dihasilkan selepas membuat pemerhatian dan intipan ke atas 50 syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.
            
Samsudin berkata, MO syarikat pemberi pinjaman itu ternyata menipu dan menganiaya pengguna.
            
Bagaimanapun, di sebalik paparan dan peringatan, masih ramai yang tidak mengetahui hak mereka apabila berurusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dengan pihak tersebut kerana dibelenggu nafsu untuk mendapatkan pinjaman mudah.
            

KES PENIPUAN MELAMPAU
            
Berdasarkan kes yang sampai kepada PKP, selalunya mangsa penipuan kebanyakan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen atau yang tidak berlesen 'Ah Long', akan kehilangan semua wang ringgit ataupun harta mereka.
            
Sekiranya peminjam itu berniaga, perniagaan akan ranap sama sekali kerana segala duit pendapatan terpaksa digunakan untuk membayar hutang dengan kadar faedah yang tinggi dan tidak masuk akal.
            
Akhirnya satu keluarga terpaksa merempat di kaki lima akibat kehilangan segala-galanya.

Ada juga yang hilang pekerjaan akibat kurang tumpuan kepada tugas atau melakukan pecah amanah akibat desakan terpaksa membayar hutang dengan kadar faedah yang tinggi.
            
Anak tidak mendapat pelajaran yang sempurna akibat terpaksa berpindah-randah kerana takutkan Ah Long, tidak mampu menanggung perbelanjaan anak bersekolah.
            
Paling menyayat hati ada peminjam wanita muda dipaksa menjadi pelacur sambilan untuk melunaskan hutang Ah Long.
            
"Ah Long itu sendiri yang mengatur kegiatan keji ini. Ada juga peminjam terpaksa melakukan jenayah rompak atau samun kerana ketiadaan duit dan untuk memenuhi keperluan keluarga.
          
"Selalunya mangsa-mangsa ini takut untuk tampil ke depan atau melaporkan kepada pihak berkuasa kerana malu dan kurang keyakinan diri," katanya kepada Bernama.
            


BERINGAT SEBELUM KENA

Dalam hal meminjam atau berhutang, Samsuddin berpandangan kebanyakan yang membuat pinjaman peribadi lebih kerana kemahuan bukan keperluan.
            
"Mula-mula mungkin kerana keperluan untuk berkahwin tapi lepas berkahwin hendak bayar hutang atau hendak sara keluarga.
            
"Perkahwinan tidak susah tetapi kerana ada campur-aduk gaya hidup dan budaya lain sehingga bakal pengantin terpaksa berhutang untuk mengadakan majlis besar-besaran," katanya.
            
Menurut beliau, mereka yang berhutang itu secara tidak langsung akan bertahun-tahun bekerja semata-mata untuk membayar hutang.
            
"Apa jaminan harga barangan tidak naik? Apa jaminan ekonomi negara akan kekal seperti biasa?
            
"Ada juga suami pinjam guna nama isteri. Apa jaminan suami akan hidup sepanjang tempoh hutang?" Samsudin melontar soalan.
            
            
PANDUAN UNTUK PENGGUNA
            
Tolong jauhkan diri daripada berhutang. Ini nasihat Samsudin. Bagaimanapun, sekiranya tiada pilihan, beliau memberi beberapa panduan supaya pengguna dapat melindungi diri mereka daripada ditipu.
            
Bagi mereka yang meminjam daripada Ah Long, simpan semua maklumatnya seperti gambar, nombor kenderaan yang digunakan semasa mula-mula membuat urusan peminjaman, tempat, tarikh dan masa.
            
Semua maklumat adalah penting untuk siasatan sekiranya peminjam menghadapi masalah dan maklumat ini sangat berguna untuk pihak berkuasa dalam membantu peminjam.
            
Penting juga untuk peminjam menyimpan semua mesej yang dihantar oleh Ah Long.
            
Beliau juga mengingatkan peminjam supaya jangan sekali-kali menggadaikan harta kepada Ah Long dan menandatangani dokumen jual beli sekiranya diminta berbuat demikian walaupun di hadapan peguam.
          
"Kesannya kelak teruk. Peminjam berdepan risiko kehilangan harta," tegasnya.
            
Bagi yang meminjam dengan pemberi pinjaman wang berlesen, mereka diingatkan supaya jangan sesekali menandatangani borang kosong.
            
Mereka juga perlu mendapatkan segera salinan semua dokumen yang ditandatangani dan mengelakkan daripada menerima wang terus di kaunter.
            
"Minta syarikat pemberi pinjaman memindahkan wang ke dalam akaun peminjam," kata Samsudin.
            
Beliau juga meminta peminjam mengambil berat borang yang hendak ditandatangani.
            
Hanya ada dua jenis dokumen pinjaman sahaja di syarikat pemberi pinjaman berlesen iaitu Borang "K" bagi pinjaman bercagar dan Borang "J" bagi pinjaman tidak bercagar.
            
Peminjam diingatkan jangan menandatangani apa-apa dokumen selain daripada dua dokumen ini. Mereka juga perlu mencatat masa, tarikh dan tempat berurusan serta nama orang yang mengendalikan urusan itu.
            
Kadar faedah yang dibenarkan ketika ini untuk pinjaman bercagar, tidak melebihi 12 peratus setahun iaitu tidak melebihi satu peratus sebulan sementara untuk pinjaman tidak bercagar, tidak melebihi 18 peratus setahun iaitu tidak melebihi 1.5 peratus sebulan.
            
Beliau juga mengingatkan bahawa syarikat pemberi pinjaman tidak boleh menyimpan kad ATM peminjam.
            
"Ada kes peminjam bila sudah bagi kad ATM takut hendak batalkan. Takut syarikat hantar orang buat kacau di rumah atau pejabat.
            
"Ramai yang takut perkara ini. Sebenarnya mereka tidak boleh buat begitu. Mereka juga tidak boleh lantik pemungut hutang. Kalau ada yang diganggu, segera laporkan kepada polis. Kalau ada saksi bawa saksi," kata Samsudin.
     

KURSUS MUHASABAH

            
Di samping turun padang mengadakan ceramah untuk mendidik pengguna mengenai pinjaman atau hutang, PKP turut mengambil inisiatif mengadakan program muhasabah diri untuk mereka yang dikenalpasti sebagai peminjam bermasalah beragama Islam.
            
Menurut Shamsuddin, mereka itu bukan sahaja kaki berhutang tetapi kaki mabuk, kaki judi, kaki perempuan dan kurang tanggungjawab kepada keluarga.
            
Ada juga yang sememangnya mempunyai tabiat suka berhutang walaupun sudah pernah menyelesaikan hutang. Ada juga kes yang sampai kepada PKP berhutang untuk perniagaan sehingga terjerat dengan 12 Ah Long.
            
Bagi mereka yang mahu mendapatkan khidmat persatuan dalam menyelesaikan masalah pinjaman, PKP mengenakan syarat iaitu mereka wajib menyertai program muhasabah diri itu.
            
Peserta akan dihantar ke sebuah pondok di Sungai Petani untuk selama tujuh hari enam malam. PKP hanya menghantar seorang peserta sahaja untuk satu-satu masa program.
            
Peserta kursus hanya dibenarkan membawa wang tunai sebanyak RM10 dan kad pengenalan. Mereka juga hanya dibenar membawa tiga persalinan pakaian.
            
Mereka juga tidak dibenarkan membawa kad ATM, telefon bimbit. Peserta mesti lulus program dan memberi kerjasama kepada ustaz serta tenaga pengajar di situ.
            
Beliau memberitahu Bernama, setakat ini pihaknya telah menghantar 10 peserta dengan kos RM850 seorang.
            
Peserta program antaranya akan diajar membaca Quran oleh pelajar tahfiz.
            
"Dia juga akan dibawa ke tanah perkuburan di mana dia akan dibaringkan di tepi kubur, ditutup dengan kain kafan dan dibacakan talqin. Ini adalah untuk memberi keinsafan.
            
"Meskipun peruntukan kami sangat terhad, program ini akan diteruskan. Setakat ini kami berpuas hati dengan hasil program ini dan semua peserta yang dipilih memperlihatkan perubahan yang sangat positif," tambah Samsudin.
            

PINDAHKAN AKTA
            

Mungkin ramai yang tidak tahu pihak berkuasa mana bertanggungjawab terhadap sebarang masalah berhubung syarikat pemberi pinjaman berlesen atau tidak berlesen termasuk Ah Long.

Kalau diajukan soalan mungkin ada yang akan menjawab, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan atau Bank Negara.
            
Sebenarnya Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Peraturan-Peraturan Pindaan 2010 adalah di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
            
"Semasa wujudnya ceti dulu, lesen untuk mereka berniaga dikeluarkan oleh majlis perbandaran tempatan dan apabila KPKT diwujudkan, semua majlis perbandaran diletakkan di bawah kementerian berkenaan.
            
"Ada satu bahagian di KPKT dinamakan Bahagian Pinjaman Wang dan Pajak Gadai dan bahagian ini yang mengendalikan segala urusan berkaitan dengan syarikat pemberi pinjaman wang," jelas Shamsudin.
            
Menurut beliau, sudah sampai masanya untuk Akta berkenaan dipindahkan daripada KPKT kepada KPDNKK.
          
"Kami telah mengemukakan cadangan ini sejak 2012 lagi, antaranya kerana KPDNKK mempunyai pejabat aduan di semua pelosok dan daerah di seluruh tanah air. Ini memudahkan untuk pengguna membuat aduan.
            
"KPDNKK juga mempunyai bilangan penguatkuasa yang lebih ramai iaitu lebih 2,000 orang di seluruh tanah air," kata Samsudin, sambil menambah bahagian yang menguruskan syarikat pemberi pinjaman ini boleh dijenamakan semula kepada Pusat Pinjaman 1Malaysia.
            

NEGARA RUGI
            

Shamsuddin mendakwa negara kerugian berbilion ringgit kerana kegiatan Ah Long dan syarikat pemberi pinjaman wang kerana jumlah kutipan sebenar kadar faedah tidak diisytiharkan.
            
"Pada masa ini terdapat hampir 3,000 syarikat pemberi pinjaman wang berlesen di seluruh negara. Bayangkan daripada jumlah itu, sebanyak 2,500 memberi pinjam kepada 50 orang dan setiap orang dikenakan kadar faedah berlebihan iaitu RM100.
            
"Jika kita kalikan angka-angka ini untuk tempoh setahun, jumlah yang diperoleh sangat memeranjatkan. Bayangkan berapa banyak negara hilang cukai pendapatan.
            
"PKP sangat yakin jumlah yang telah digelapkan boleh mencecah berbilion ringgit kerana hakikat sebenarnya peminjam bukan ditipu dengan jumlah RM100 malah lebih daripada itu," katanyan sambil menambah, kes yang selalu dilaporkan kepada PKP adalah sekitar RM500 hingga RM3,000.
            
Dalam hal ini, Samsudin mendakwa ada segelintir pesuruhjaya sumpah yang bersekongkol dengan syarikat pemberi pinjaman kerana mengesahkan dokumen perjanjian tanpa kehadiran peminjam.
            
"Pihak kami pernah melihat dokumen perjanjian kosong yang diperoleh daripada syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang sudah dicop oleh pesuruhjaya sumpah sedangkan kedua-dua pihak belum mengisinya.
            
"Biasanya apa yang berlaku ialah jumlah pinjaman yang tercatat dalam borang dokumen perjanjian adalah jauh lebih tinggi daripada angka pinjaman sebenar.

Bukankah peminjam akan teraniaya sekiranya kes dibawa ke mahkamah? " tegas Samsudin.
            
Beliau memberi contoh kes di mana PKP yang turut membantu peminjam membawa kes ke mahkamah kalah kerana peminjam menandatangani borang kosong.
            
"Peminjam ini hanya meminjam RM7,500 dan sudah bayar beberapa kali tetapi dalam tuntutan syarikat pemberi pinjam, pihak itu mendakwa jumlah yang diberi RM57,000. Dokumen itu sah kerana ada tandatangan peminjam dan ada cop pesuruhjaya sumpah," katanya. - Bernama

25

Bagus
19

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kerunai 10-3-2015 01:57 PM
Tak abih2 kes along...ini bangsa syumul mana yg ramai jd ah long ni
Quote cik_nit 10-3-2015 03:08 PM
Kami bukan along... kami datang nak tolonggg
Quote sekel 10-3-2015 03:10 PM
aq x berapa faham konsep pinjaman dr Along   
Quote Knowlee 10-3-2015 03:13 PM
Benda takkan wujud kalo takde demand.
Quote noor2 10-3-2015 03:16 PM
Kesian juga pada mereka yang ada masalah kewangan.....tambah2 ada anak...
Quote pasuoren 10-3-2015 03:16 PM
sekel replied at 10-3-2015 03:10 PM
aq x berapa faham konsep pinjaman dr Along

tak perlu faham...
faham konsep berganda cekikjeruttaliperutleher sudah laaa...
Quote liyamariska 10-3-2015 03:16 PM
kalu dah sampai tahap pintu rumah kereta disimbah cat merah bagai pun masih ada lagi yg gigih minjam kt ahlong...

Quote pasuoren 10-3-2015 03:17 PM
kat taman aku...
iklan ditepek merata termasuk signboard masuk lorong..
pagi kopek..
petang..elok je tertampal balik..
Quote zachkid 10-3-2015 03:42 PM
Bukan setakat iklan kat signboard, agen Along pun banyak dalam forum-forum... diaorang ni dapat komisyen 5% dari nilai yang dipinjam... sebab tu ramai yang beria-ia cari orang untuk ajak meminjam...
Quote caprut 10-3-2015 04:02 PM
ukur bdn sndri sblom brblnja
Quote putriTS 10-3-2015 04:11 PM
Bagi iols, sebelum meminjam, mesti dah tau T&C, berapa kena bayar sebulan, berapa interest,etc. Kalau tak bayar, itu yg Ah long tu cari. Sama je mcm pinjam bank, x byr kena la blacklisted,saman,etc. Dah tau ape akibat kalau x bayar, tapi still gi meminjam. Betul mcm kat atas cakap, ukur baju dibadan sendiri.
Quote nh83 10-3-2015 04:17 PM
yg terindah hanyalah sementara bak kata erra.. mula2x dpt mmgla sedap pastu nk bayar...sendiri mau ingat haa.. berbelanjalah mengikut keperluan bukan nafsu semata..
Quote axl_bach 10-3-2015 04:38 PM
liyamariska replied at 10-3-2015 03:16 PM
kalu dah sampai tahap pintu rumah kereta disimbah cat merah bagai pun masih ada lagi yg gigih minjam ...

byknya kes org lain yg meminjam.......contohnya byk kita baca yg keluarga cina anak2 iklankan dlm paper yg dorg dah xder hubungan dgn ayah sbb ayah kaki judi pinjam ahlong pastu menghilang, alamat bagi alamat yg anak2 duduk....bila ahlong datang cari si ayah xder, anak2 laa yg nak kena hadap segala caci maki dan ugutan....peritttt wooooo kalo geng2 ahlong dtg kaco nih

Quote tagas 10-3-2015 04:39 PM
Kat office aku ni kerani ke par keje gomen pun ramai jer minjam ah long..dgr citer kad gaji pun ah long pegang..pastu tetiap tahun melalak kat kupeks gaji tak cukop..mampos
Quote freebird 10-3-2015 04:47 PM
apa susah...melayu dapat br1m, boleh settle semua hutang2....
Quote arira_arora 10-3-2015 04:51 PM
mmbr aku penah pinjam utang along ni.. kebykkan yg kija tkde slip gaji ni mmg tkde pilihan lain selain pnjam along..
mmbr aku la yg cakap.... utang along sebenarnyer same je mcm utang ngn bank...
bezanyer interest mahal sikit & kalo ko bayar mcm yg ditetapkan.. tkde mslh pn...
yg smpe cari2 kt umah tu sbb dh hutang tp tak bayar...

die pn selalu je pinjam lagi kekdg terdesak kn..
Quote fairy_fairy 10-3-2015 05:00 PM
Konsep berhutang ni senang jer. Dah tau ada hutang, silalah bayar on time atau kalau langsung tak dapat, sila inform baik2. The most the ah long will do is to increase the interest. Ah Long2 semua ni mengganas apabila you tak bayar and then bila kena minta, jawab pun secara kurang ajar! Itu kalau menjawab lah. Ada juga yang terus tukar alamat and sembunyi tempat lain. Mestilah pemberi hutang tu marah!!
Quote BotakChinPeng 10-3-2015 05:05 PM
freebird replied at 10-3-2015 04:47 PM
apa susah...melayu dapat br1m, boleh settle semua hutang2....

Lu punya bangsa kena seksa , kena rantai, kena kurung, kena jadi pelacur sebab hutang along lagi mau sibuk pasal melayu. Pooorah

Quote miss_baby 10-3-2015 05:12 PM
along lagi..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.291161 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top