CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Chong Wei: Saya gagal kerana rawatan

11-3-2015 06:18 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3145| Komen: 0



JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merasa lega dengan pengesahan tarikh pendengaran kes dopingnya yang akan diadakan di Amsterdam, 11 April depan.
       
Chong Wei yang menunggu hampir lima bulan berhubung kesnya itu berharap keputusan di Belanda itu nanti akan memihak dirinya.
       
“Pertama sekali penting untuk kami sudah tahu mengenai tarikh perbicaraan itu nanti.
       
“Memang rasa lega kerana kita sudah boleh sahkan tarikh masa perbicaraan memandangkan sebelum ini kita semua ternanti-nanti. Daripada minggu ke minggu, bulan ke bulan. Jadi 11 April akan menjadi tarikh yang penting untuk saya,” kata Chong Wei yang ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Hari ini, Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menetapkan tarikh 11 April 2015 sebagai tarikh perbicaraan kes terbabit yang akan dijalankan di Amsterdam, Belanda selepas hampir lima bulan mencetus teka-teki.
       
Tambah Chong Wei, berbaki satu bulan sahaja lagi, fokusnya kini terarah untuk membersihkan nama dan membuktikan dirinya tidak bersalah.
       
“Bayangkan selepas beberapa tahun tidak pernah gagal, kali ini saya gagal disebabkan rawatan yang dilakukan sebelum kejohanan dunia. Jadi ia memang mengecewakan.
       
“Apa pun, ada perkara di sebalik penantian ini kerana saya dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada keluarga," katanya.
       
Ketika ditanya keyakinan beliau untuk berdepan prosiding pendengaran itu, Chong Wei percaya semua pihak ketika ini sedang menjalankan persiapan sebaiknya bagi mengharungi perbicaraan itu nanti.
       
"Untuk perbicaraan itu nanti, saya berharap kami akan bersedia sebaik mungkin," katanya.
       
Bekas pemain nombor satu dunia itu didapati positif menggunakan bahan terlarang dexamethasone pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada 30 Ogos tahun lalu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.052187 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top