CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Hafiz sedia kejutkan pelumba senior

11-3-2015 06:22 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 3539| Komen: 0



MOHD Hafiz Nor Azman akui beraksi sebagai pelumba rookie dalam kelas CP130 memberikan banyak kelebihan kepadanya bagi menghadapi saingan pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 di Temerloh, Pahang, minggu ini.

Hafiz yang kali terakhir beraksi dalam kelas CP115 pada tahun 2013 sebelum berehat sepanjang musim 2014 kini kembali ke grid bersama pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing, pasukan yang tampil cemerlang berada di kelompok dua teratas keseluruhan sepanjang tiga tahun berturut-turut.

Hafiz bakal bergandingan bersama tiga pelumba senior, Norizman Ismail, Mohd Zamri Baba dan Elly Idzlianizar Ilias.

"Beraksi bersama pasukan hebat pasti mendatangkan banyak tekanan kepada saya. Namun, memandangkan ini tahun pertama saya beraksi dalam kategori ini, ia dapat mengurangkan tekanan kerana banyak perkara baharu yang masih perlu saya pelajari," jelas Hafiz.

"Pasukan SCK telah menempa banyak kejayaan dan saya juga berazam untuk melakar kejayaan buat mereka. Saya mahu mencipta kejutan dengan membuktikan saya juga mampu mencatat kemenangan," tambahnya.

Tidak gentar berada sebaris dengan pelumba-pelumba berpengalaman di grid, pelumba berusia 19 tahun itu percaya beraksi dalam kelas perdana ini mampu mengembangkan kariernya ke peringkat lebih tinggi.

Malah, Hafiz juga yakin dia akan dapat menyesuaikan diri dengan jentera Honda yang digunakan pada musim ini dengan segera.

"Ramai yang beranggapan apabila beralih ke kelas CP130 bersama pasukan dan jentera baharu akan mendatangkan sedikit kesukaran pada peringkat awal namun saya percaya ini peluang terbaik untuk terus memantapkan karier saya terutama di kancah Cub Prix ini.

"Tambahan pula, saya yakin mampu melakukan kejutan kerana saya tidak pernah berhenti dari melakukan latihan termasuk latihan fizikal sekalipun tidak beraksi sepanjang musim lepas. Saya juga tidak ketinggalan daripada melihat aksi-aksi pelumba setiap kali siaran langsung di televisyen.

"Paling penting, saya mempunyai pasukan terbaik yang akan membantu saya pada tahun ini. Mereka telah memenangi gelaran pasukan terbaik sepanjang beberapa tahun lepas dan telah melahirkan dua juara kelas perdana, Azlan Shah Kamaruzaman dan Norizman Ismail. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk mula beraksi," katanya lagi.
               



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.139706 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top