CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Nak cantik!Elakkan minuman bersoda

12-3-2015 03:24 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2278| Komen: 0

1. Gula tiruan penyebab pening kepala
Aspartame adalah penyebab kepada sakit kepala. Walaupun tiada kajian yang tepat yang membuktikan kesahihan penyataan ini namun doktor mendapati ramai pesakit mengadu migrin selepas meminum diet soda dengan kerap. Kan dalam minuman soda ada kandungan Aspartame ini.

2.Soda akan menghakis gigi
Sesiapa yang selalu pergi berjumpa dengan doktor gigi pastinya doktor menyarankan supaya menghindari minuman soda ini. Ini kerana soda akan hakis enamel pada gigi. Senang cerita lama kelamaan gigi anda akan mudah mereput dan sensitif. Berapa kali benda sebegini terjadi pada anda?


3.Soda dan alkohol bercampur
Soda sahaja sudah membahayakan, bayangkan jika bercampur dengan alkohol. Ini kerana kandungan gula tiruan yang ada didalam soda menyebabkan badan menyerap gula tersebut dengan lebih cepat dan membuatkan anda lebih mudah mabuk. Mabuk dengan secara cepat membantu meningkatkan kelajuan jantung yang akan menyebabkan ia bahaya pada badan anda.

4. Gula tiruan penyebab kemurungan
Saintis dari American Academy Neorology mendapati seseorang yang minum minuman bergula tiruan 4 tin sehari akan kerap dilanda kemurungan berbanding mereka yang tidak mengamalkan minuman ini.

5. Diet soda musnahkan tulang
Tadi dekat atas LadyLista ada bagi tahu, soda penyebab gigi terhakis, jadi sama sahaja efek dengan tulang menulang anda. Bayangkan wanita adalah spesis yang senang kena ostreporosis, jadi janganlah amalkan diet soda ini.

6.Gas penyebab jantung lemah
Jika anda minum air soda setiap hari, ia akan memberi kesan pada sistem kardiovaskular anda. Senang cerita jantung anda akan melemah setiap hari.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.043027 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top