SEBANYAK 24 peninju tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian Kejohanan Kuda Merah International Muaythai Challenge 2015 di Stadium Taman Tasik Titiwangsa bermula 7 Mac dan berakhir Ahad lalu. Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah memuji pendekatan diambil Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur dalam menyemarakkan muaythai dalam kalangan golongan muda.
“Acara yang bagus dan mendapat sambutan luar biasa. Semoga berjumpa lagi pada 30 dan 31 Mei ini,” katanya yang mana Sinar Harian tampil sebagai rakan media rasmi sepanjang pertandingan itu.
Dalam pada itu, Tali Pinggang Sinar Harian menjadi milik Ewan Omar (Anak Tiong Gua Musang) yang menumbangkan peninju Thailand, Matludee. |
ADVERTISEMENT