Kes Tukar Agama: Remaja Minum Racun Remaja yang terperangkap dalam kes pertukaran agama dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri dengan cara minum racun. Bapanya S Ganesan memberitahu Malaysiakini bahawa anaknya Thiyaggurudeen mengaku minum kopi bercampur racun rumpai jenis paraquat dan dimasukkan ke wad di hospital besar Seremban. “Saya tanya kenapa dan dia kata dia takut mereka (pihak berkuasa agama) mengambilnya dan beri dia pengalaman pahit lagi... “Dia akui, dan dia beritahu doktor-doktor dan polis perkara sama,” katanya kepada Malaysiakini. Pelajar itu dalam laporan polis bertarikh 17 Februari mendakwa dipaksa dua gurunya untuk membuat laporan bahawa bapanya cuba menukar agamanya kepada Hindu. Dia juga mendakwa dibawa ke sebuah pusat dakwah dan disoal siasat selama tiga jam oleh kumpulan yang didakwa pegawai jabatan hal ehwal agama Islam. Ibu pelajar itu seorang warga Indonesia yang beragama Islam. Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.
|
enchikfitz replied at 12-3-2015 09:48 PM
complicatednya kes ni. Senangnya nak murtad.
budaktua replied at 12-3-2015 10:38 PM
masuk islam.. keluar ... kawin dgn islam...
dah jd hindu tu jd hindu je la... pe hal kawin dgn is ...
MelahJanda replied at 12-3-2015 10:39 PM
Nama cam india muslim jewww
Thiyaguruddeennn
Maideeen
Ganesan pernah memohon pada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anaknya, namun diberitahu untuk menunggu sehingga umur 18 tahun.
Decaffeinated replied at 12-3-2015 11:00 PM
Looks like the boy was born Muslim.
ADVERTISEMENT