Cadangan Tukar Lagi Nama-Nama Jalan Di Malaysia
Pereka grafik, pencerita dan aktivis kepelbagaian kaum Kevin Bathman menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik beberapa gambar papan tanda jalan raya yang telah diubahsuai di album “Malaysian Street Sign Tribute for Unsung Heroes". “Secara jujur, saya buat ini untuk suka-suka. Saya ikuti perkembangan Malaysia dan ini adalah peluang saya untuk memberikan respon dalam bentuk sebuah kerja seni. Saya juga terfikir tentang sumbangan beberapa personaliti rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama kepada negara. “Inilah masanya untuk sumbangan mereka diiktiraf,” kata Bathman ketika dihubungi Astro AWANI. Ditanya tentang pemilihan nama-nama di album gambar beliau, Bathman berkata mereka ialah antara personaliti yang dikenali dan dekat di hati rakyat Malaysia. “Banyak lagi nama yang berhak namun ini juga adalah satu peluang untuk memulakan perbualan. Ada yang mungkin setuju atau tidak setuju dengan senarai saya. Sebagai contoh, mungkin ada yang tidak setuju dengan Ambiga Sreenevasan, tetapi ini adalah satu permulaan untuk mendapat maklum balas,” jelas Bathman.
|
famri7 replied at 14-3-2015 03:17 PM
Tukar nama2 jalan di kg sudah lah..yang di bandar2 besar xder pekdah nk menyusahkan orang nk hafal n ...
revolusi_30 replied at 14-3-2015 03:51 PM
Tukar jalan2 yg guna nombor di taman2 lagi bagus rasa nya, takda efek besar sangat. Cth jalan 1/234 ...
white_musk replied at 14-3-2015 03:57 PM
Jalan Tun Danish Heykarl Al Hakimi Ashraf Rayyan Fazreen Aiman Shah
v(T.T)v replied at 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dah ...
v(T.T)v replied at 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dah ...
v(T.T)v replied at 14-3-2015 05:24 PM
Orang IQ rendah mmg suka buat kerja macam ini, kalau cinta sangat dgn mesia, buat apa berhijrah? dah ...
ADVERTISEMENT