CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saiz Rumah Semakin Mengecil

17-3-2015 02:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7875| Komen: 25

Saiz rumah semakin mengecil                                 

  

Gambar hiasan
                
KUALA LUMPUR: Saban tahun, pembeli dan pelabur melihat saiz rumah semakin mengecil sewaktu saiz unit-unit kediaman di kondominium dan pangsapuri terus mengecut. Ironinya adalah walaupun saiz unit ini semakin kecil, harganya bagi setiap kaki persegi semakin meningkat.

Alasan yang diberikan untuk pengecilan ini adalah banyak sekali, dari harga tanah yang lebih tinggi dan kos pembinaan, kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April.

Keadaan menjadi lebih buruk oleh hakikat bahawa tidak ada garis panduan yang seragam untuk spesifikasi bagi rumah-rumah untuk keluarga berpendapatan sederhana – yang kebiasaannya dipasarkan sebagai rumah mampu milik – daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Tidak hairanlah bahawa sesetengah pemaju mengambil kesempatan daripada ketiadaan spesifikasi ini, untuk menjual apa yang dikenali sebagai tempat kediaman mampu milik ibarat "kotak kasut", di sebalik reka bentuk indah mereka.

Menurut seorang pegawai unit perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), saiz minimum bagi unit kediaman di bandaraya itu adalah 800 kaki persegi "Walau bagaimanapun jika ia adalah sebuah pangsapuri servis, ia adalah antara 550 dan 650 kaki persegi – 400 persegi kaki adalah terlalu kecil,” katanya.

Walaupun Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 pada tahun 2007 bagi melindungi kepentingan pembeli rumah, pemaju masih mampu mengelakkan peraturan ini, kata setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA), Chang Kim Loong.


"Akta itu bertujuan untuk mengawal dan melesenkan bidang pemajuan perumahan, tetapi unit ini adalah terlalu kecil untuk didiami," katanya.

Pindaan ini juga mengubah definisi kediaman untuk menyertakan mana-mana bangunan yang dibina atau digunakan bagi kediaman manusia atau sebahagiannya bagi kediaman manusia seperti pejabat kecil, pejabat rumah (SoHo), pejabat kecil, pejabat maya (SoVo) atau pejabat kecil, pejabat fleksibel (SoFo), dan apa-apa jenis tempat penginapan yang mungkin ditetapkan oleh kementerian sebagai sebuah tempat tinggal.

Chang dan pegawai DBKL ini mengakui yang banyak pemaju mengambil kesempatan dari hakmilik harta komersil untuk membina unit-unit pangsapuri yang diservis yang dilabelkan sebagai SoHo, SoVo atau SoFo supaya saiznya boleh dikurangkan dari 800 kaki persegi, kepada 550 kaki persegi.

Lebih memburukkan keadaan, unit yang dibina sebagai unit pejabat kemudiannya dijual secara tidak jujur sebagai "studio", sama ada melalui ejen atau di pasaran sekunder.

Chang memberi amaran bahawa bagi unit-unit bilik kecil yang tidak diklasifikasikan sebagai rumah, pembeli tidak akan mempunyai perlindungan yang sama seperti mereka yang membeli unit kediaman tetap.

Hakikat bahawa tidak ada perjanjian penjualan dan pembelian yang standard bagi SoHo, SoFo dan SoVo boleh menjadi punca kebimbangan untuk bakal pembeli, yang mungkin tertipu tanpa perlindungan Akta Pembangunan Perumahan, kata Chang.

"Ia terpulang kepada pembeli untuk membuat laporan kepada Kementerian (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) apabila mereka menjumpai projek-projek seperti itu," katanya.

HBA telah lama memperjuangkan nasib pembeli-pembeli berpendapatan rendah dan sederhana dalam hal-hal seperti ini.

Adalah sukar untuk memantau keadaan kerana setiap negeri mempunyai saiz minimum yang berbeza. "Setiap negeri atau majlis perbandaran bertanggungjawab meluluskan pembinaan rumah-rumah kediaman di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya," kata pegawai DBKL itu.

Sumber: thntdaily



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 17-3-2015 08:48 AM
Mcm kes  choki choki La ni...dulu beso skit skrg dah kecik harga pon DA naik
Quote nikaido 17-3-2015 08:49 AM
studio room dkt service apatment sekitar rumah aku harga rm300000+ utk 450sq feet. bagi aku sgtlah xbijak utk membelinya xkisahlah anda kaya mcm manapun
Quote shamsadis 17-3-2015 08:50 AM
manusia makin ramai...dulu membujang sekarang dah 2,3 anak....esok lusa ada cucu cicit plak...dunia masih tak membesar...sumber makin terhad...Geografi
Quote Munnalicious 17-3-2015 08:52 AM
Mmg btol pon. Aku beli rumah rege 300k tp saiz kecik yahamat dan xde ruang utk mkn.
Quote white_musk 17-3-2015 08:54 AM
Munnalicious replied at 17-3-2015 08:52 AM
Mmg btol pon. Aku beli rumah rege 300k tp saiz kecik yahamat dan xde ruang utk mkn.

hang punya perabot besar yahamat kot
Quote Munnalicious 17-3-2015 09:07 AM
white_musk replied at 17-3-2015 08:54 AM
hang punya perabot besar yahamat kot

X uolss. Umah tu baru siap 80%. So weolls xduduk n beli apa lg tp melihatkan bahagian dalaman n design dia mmg xde ruang utk mkn. Sbb tu weolls plan nt dh siap umah tu weolls nk pasang semuanya cabinet pasang siap dr kitchen hingga ke tv cabinet. Pastu kalau murah rezeki lg pasang wardrobe pulak. Sng n jimat space nt. Sofa pon beli sofa yg 3 seater je sudeh tp style panjang punya.

Kalau uolls tgk pon akn ckp ee xberbaloi 300k n mcm 200k n mcm umah projek bantuan rakyat ke hape gitu. Tp xpala. Iols redho asalkan umah landed.
Quote kentel 17-3-2015 09:09 AM
sian jibby...sibuk nak control cukai, tp control utk housing guidance xde....
Quote rospinki 17-3-2015 09:15 AM
skrg stendet rumah 20x60 dah cecah 250k++ porch depan adela 3' belakang lebih skit 1'..nak buat cemana...tokey umah nk untung dan material/workmanship makin mahal..pembeli la jadi mangsa.
Quote leylapple 17-3-2015 09:15 AM
zaman aku belajar dulu, ada sorang omputeh g universiti aku bagi talk..

sebab aku terlibat dgn urusetia, so aku byk jugak la berbual2 dgn mat salleh tu...

yang paling aku tak leh lupa, dia bagitau aku, rumah kat msia nie serupa kandang kuda

kecik sangat sehingga hanya kuda jer yang blh duduk...

Quote mdhelmi 17-3-2015 11:12 AM
rospinki replied at 17-3-2015 09:15 AM
skrg stendet rumah 20x60 dah cecah 250k++ porch depan adela 3' belakang lebih skit 1'..nak buat cema ...

errrmm in general kalo keluasan 20x60...saiz binaan utk rumah adalah 20x40 sj
maka selebihnya lagi 20' tu utk total porch depan+belakang sikit
utk porch sekurang2nya perlu 15' ke atas
kalo porch cuma 3' tu......xpasti plak kete ape yg bole muat



Quote missDollie 17-3-2015 11:16 AM
rumah makin kecik..badan makin gemok..
Quote AbukRokok 17-3-2015 11:18 AM
leylapple replied at 17-3-2015 09:15 AM
zaman aku belajar dulu, ada sorang omputeh g universiti aku bagi talk..

sebab aku terlibat dgn u ...

malaysia kan bolleh
Quote dragger 17-3-2015 11:21 AM
malaysia ke arah 2020

kui3
Quote pisang69 17-3-2015 11:21 AM
betulah rumah,saiznya makin mengecut...

lega, dah dpt beli rumah hr tu dgn harga yg ok......
Quote retnoel 17-3-2015 11:28 AM
Umah makin mengecut..bhn binaan pon dh low quality..
Quote rospinki 17-3-2015 11:33 AM
mdhelmi replied at 17-3-2015 11:12 AM
errrmm in general kalo keluasan 20x60...saiz binaan utk rumah adalah 20x40 sj
maka selebihnya lag ...

yeap..generally size tu built up baru 950sf je land area je 20x60..3+2 sempit..itu yg single kalu double lgi up rege..pdahal keluasan tolak structure lagi baik beli single storey sebenarnya.
Quote bunga_lestari 17-3-2015 11:39 AM
Edited by bunga_lestari at 17-3-2015 11:41 AM

memang... mak aku beli rumah tahun 2005 20x70 dgn rege rm80k intermediate
aku pulak beli rumah tahun 2013 22x65 dgn rege rm200k++ end lot..

beza tahun 8 tahun, beza rumah keluasan tanah.. keluasan tanah rumah mak aku dalam 10'-12' ke blkg, renovate smbung dapor, tambah 1 bilik, dan 1 bilik mandi..

rumah aku, belakang simen dlm 8', tepi pulak tak sampai 10'..

beza hrga dlm tmpoh 8thn, berganda2 kot..
Quote mybluegetz 17-3-2015 11:47 AM
mmg umah semakin mahal dgn saiz semakin kecik.

so aku pon buat umah sendiri sbb perkara ni. Lgpon byk kawasan x strategik dgn tempat kerja klu developer yg buat.

mmg agak penat klu buat rumah sendiri tp keluasan umah dan tanah lebih luas dgn kos yg lebih rendah.
Quote kaknab 17-3-2015 11:54 AM
harga semakin mahal dgn saiz yg minumum...nasib badannn.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.077988 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top