CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Windows Hello

18-3-2015 04:46 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4695| Komen: 0

Description: Windows Hello – Microsoft Membolehkan Anda Log Masuk Windows 10 Tanpa Perlukan Kata Laluan Sejumlah syarikat sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam mengatasi penggunaan kata laluan yang biasa k ...

Windows Hello – Microsoft Membolehkan Anda Log Masuk Windows 10 Tanpa Perlukan Kata Laluan

Sejumlah syarikat sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam mengatasi penggunaan kata laluan yang biasa kita lakukan hari ini oleh kerana masalah sekuriti yang besar disebaliknya. Pada awal minggu ini, kita telah mendengar mengenai perancangan Yahoo!, dan terkini, Microsoft turut ingin mengatasi penggunaan kata laluan biasa dengan memperkenalkan penggunaan log masuk berasaskan kepada biometrik.


Melalui Windows 10, pengguna boleh menggunakan kamera hadapan yang terdapat pada komputer riba atau desktop untuk mengimbas wajah untuk log masuk (yang turut dijayakan oleh teknologi Intel RealSense), selain turut menggunakan pengimbas cap jari untuk log masuk.


Fungsi ini mungkin tidak menyokong beberapa komputer riba lama, sebaliknya akan hadir terbina pada sejumlah komputer riba baru yang akan hadir bersama-sama pengenalan Windows 10 kelak.
Selain Windows Hello, Microsoft juga turut berkongsi mengenai sebuah lagi penawaran baru dinamakan “Microsoft Passport”. Microsoft Passport ingin membolehkan anda log masuk ke sesuatu aplikasi atau laman web tanpa perlu menggunakan kata laluan, sekaligus memudahkan para pengguna ketika mereka sedang menggunakan sistem operasi Windows 10. Kita mungkin akan dapat melihat Microsoft mengumumkan aplikasi yang menyokongnya kelak ketika pelancaran Windows 10 secara rasminya.


Microsoft turut menekankan, dengan pengenalan sokongan baru ini, Microsoft ingin menawarkan kemudahan untuk pengguna menggunakan perkhidmatan Microsoft, selain tidak perlu risau mengenai sekuriti dan privasi.

Memandangkan Windows 10 akan digunakan pada komputer riba, tablet, telefon pintar dan pelbagai peranti lain, kita mungkin akan dapat melihat penggunaan Windows Hello dan Microsoft Passport ini pada pelbagai peranti baru berasaskan yang akan hadir pada tahun ini.

                                                                                                                                                                                    

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.386953 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top