CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua pelajar ditahan polis terlibat kes buli di JB

19-3-2015 10:45 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7170| Komen: 17


Dua pelajar ditahan polis terlibat kes buli di JB


Gambar kes buli yang dipetik daripada rakaman video yang dikongsikan di laman Facebook Polis Johor.


Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun, bagi membantu siasatan berhubung rakaman video kes buli seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, semalam yang dimuat naik ke laman sosial Facebook.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dalam status akaun Facebook rasminya hari ini memaklumkan, kedua-dua pelajar itu ditahan, berdasarkan laporan yang dibuat mangsa.

“Polis menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 17 tahun itu, semalam.

“Ekoran insiden buli tersebut, hari ini pada jam lebih kurang 1 hingga 3 pagi, polis telah membuat tangkapan ke atas dua pelajar berusia 13 dan 14 tahun daripada SMK Tun Aminah dan SMK Damai Jaya untuk membantu dalam siasatan,” katanya.


Video selama 2 minit 59 saat itu menunjukkan, seorang pelajar lelaki menampar muka mangsa beberapa kali, manakala seorang lagi merakamkan proses itu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamad berkata, lokasi kejadian berlaku di bawah sebuah blok pangsapuri di Taman Sri Orkid, Mutiara Rini, Skudai, pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes itu dan hanya memaklumkan, ia disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memaklumkan, siasatan akan disegerakan, memandangkan semua suspek masih bersekolah dan kedua-duanya akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pautan video:



7

Bagus
3

Marah
7

Terkejut
9

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 19-3-2015 08:27 AM
17? Lembam kotttt......
Quote miabebe 19-3-2015 08:32 AM
Erkkkkkkkkk biar betul
Quote jazaa 19-3-2015 08:33 AM
Elok di tahan & suruh budak umur 17thun tu lempang dia mcm askar jepun lempang....


Lembam tak lembam bkn alasan kau nk buli org....

Quote Lina66 19-3-2015 08:36 AM

anak sape ni...
kecik2 dah buat peel menyetan...

mak and ayah sure bangga dpt anak brani lempang muka anak orang lain..
Quote MissMamamia75 19-3-2015 09:21 AM
aku paling sakit hati kalu ada org rakam benda2 gini pas tu upload..
apakah motipnya - utk suka2...utk ditangkap etc?
ish2...gila sungguh budak2 zaman le ni..
Quote kentel 19-3-2015 09:24 AM
lembam ke budak ni..biar je...

[fbv]1582835128670360[/fbv]
Quote Mr.Virus 19-3-2015 10:01 AM
masukkan je budak2 perangai macam ni kat sekolah juvana..biar padan muka dia
Quote jihee 19-3-2015 12:19 PM
PENIPU CINA TEMPATAN

https://www.facebook.com/eioeioo .. EVERYONE BECAREFUL THIS GUY ! HE KEEP ASKING MONEY FROM YOU ! ASK YOU THE MINIMUM MUST PAY HE 3000 FOR INVESTMENT ! IF YOU NOT REPLY HE WILL SUCH AS SAMSENG GUYS SCOLD YOU RUDE WORDS ! WHAT A SHAME GUYS !
Quote edee_91 19-3-2015 12:32 PM
jazaa replied at 19-3-2015 08:33 AM
Elok di tahan & suruh budak umur 17thun tu lempang dia mcm askar jepun lempang....



Maksud aku lembam kot, sampai ta boleh nak pertahankan diri sendiri.
Quote edee_91 19-3-2015 12:34 PM
MissMamamia75 replied at 19-3-2015 09:21 AM
aku paling sakit hati kalu ada org rakam benda2 gini pas tu upload..
apakah motipnya - utk suka2... ...

Baguslah rakam. Senang sikit nak masuk dalam akibat dari kebodohan sendiri.
Quote stilla 19-3-2015 12:39 PM
Kecik2 dah samseng, sumbat aje kat pusat pemulihan akhlak.
Quote sekel 19-3-2015 12:52 PM
tunggu Polis pulak sepak terajang budak tu
Quote akusukaq 19-3-2015 01:01 PM
Jenerasi samseng lahirkan anak samseng.
bila mak bapak dah uzur , muka mak bapak pulak di lempang
Quote bungarose 19-3-2015 01:02 PM
Bdk2 skrg bukan tahap nakal lg dah. Diorg bleh dikategorikan jahat. Sekecik2 sekolah rendah ada yg biasa buat perkara2 jahat. Dgn merempitnyer. Mcm makbapak xbleh nak control anak2.
Quote Artemesiaa 19-3-2015 01:43 PM
Sekolah pun tak habis lagi gigih nak jadi along kawasan
Quote lompatikam 19-3-2015 01:54 PM
rasanya kalau one by one budak tuh boleh je seligi sibuli tu. cuma aku rasa yg sibuli tuh mungkin ada back up belakang dia. bukan si perakam tuh. tapi abg long kawasan. secalit kulit adik manja disentuh melekat spannar saiz 20 di kepala kemudian hari.

mungkin kah kes tak puas hati disekolah. mungkin si mangsa buli ini pengawas yg kantoikan si pembuli?
Quote alinone78 15-7-2017 07:58 AM
dah rakam p upload pula
mendapat la...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.294668 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top