ZHAO RUI menggerudi kepalanya selama 10 saat bagi menunjukkan kemampuannya dalam seni mempertahankan diri di rumahnya di Mianzhu, China baru-baru ini. - AGENSI MIANZHU, China – Seorang sami Shaolin melakukan aksi ngeri menggerudi kepala sendiri selama 10 saat dengan mesin gerudi elektrik bagi menunjukkan kejayaannya berlatih ilmu mempertahankan diri. Zhao Rui, 24, turut membengkokkan sebatang besi menggunakan tengkuk selain berbaring di atas pacak besi sambil memecahkan batu menggunakan kepalanya ketika beraksi di rumahnya di sini baru-baru ini. Menurut laman web People’s Daily Online, kulit kepala Rui cuma sedikit kemerahan di tempat gerudi itu dikenakan. Rui bagaimanapun mengakui pernah luka ketika berlatih dengan mesin gerudi itu sehingga menyebabkan sebahagian kulit kepalanya terkoyak. “Memang agak menyakitkan ketika itu tetapi saya sudah pulih dan belajar daripada pengalaman. Sekarang saya boleh menggerudi kepala tanpa sebarang masalah. “Saya mahu mempunyai badan yang sangat kuat. Percaya atau tidak, saya agak gugup semasa kecil tetapi saya kini mampu memecahkan batu menggunakan kepala. Kekuatan ini memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada saya,” katanya. Pakar kungfu itu mula mempelajari ilmu mempertahankan diri sejak kecil dan menjelang usia 16 tahun, Rui meninggalkan rumahnya untuk menyertai Kuil Shaolin. Selepas dua tahun, dia meninggalkan kuil tersebut untuk menyambung latihan bersama pakar-pakar kungfu lain. – Agensi
|
amon_79 replied at 20-3-2015 09:02 AM
cuba..try dan test lebih 10 saat macam stengah jam ke...tgk kebal ke idok...
crazecousa replied at 20-3-2015 09:24 AM
nape x bg org len yg gerudikan..tgk cmana dia punya pegi
STONER replied at 20-3-2015 10:08 AM
abg peratikannn je gambar ni sambil sarapan kunyah kaca mentol kalimantang bersama air bateri ker ...
ADVERTISEMENT