CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Cinta & Perhubungan Lihat artikel

Jenis Sindrom Tidur Anda Perlu Tahu

20-3-2015 12:03 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3996| Komen: 1

LadyLista - Kamu tidur dengan selesa? Pernah terfikir anda mungkin mengalami masalah gangguan tidur atau sindrom tidur? Selalunya manusia tidak pernah beranggapan mereka mempunyai masalah tidur, kajian mendapati ramai orang menderita masalah gangguan tidur namun tidak pernah menyedari atau mengaku menghadapinya. LadyLista kumpulkan 10 fakta mengenai jenis gangguan tidur yang mungkin dialami oleh kita.


1. Narcolepsy


Penderita Narcolepsy akan tertidup pada bila-bila masa sahaja - tak kira di kelas, di meja makan, dalam bilik mesyuarat, ketika bercakap mahupun makan.Yang paling menarik sekali adalah, tiada tanda-tanda yang ditunjukkan sebelum mereka lenyap dibuai mimpi.Kadang-kadang ia akan mengambil masa berjam-jam namun kebiasaanya mengambil masa dalam 3 minit. Penderita penyakit ini sangat membahayakan kerana ia mungkin akan menyerang anda ketika anda sedang memandu atau ketika anda sedang melakukan sesuatu yang sememangnya memerlukan tumpuan mata anda.



2. Bercakap dalam tidur/Somiloguy

Pernah tak kamu berhadapan dengan situasi anda tidur disebelah seseorang yang bercakap didalam tidur? Erm... sebenarnya memang sangat mengganggu bukan? Nak-nak jika, seseorang itu tiba-tiba cakap 'Aku nampak hantu dibelakang kau'.. mahu rasa nak tampar kan kawan anda tu. padahal kawan itu sedang tidur. Rupanya kawan sedang bercakap dalam tidur. Ini merupakan masalah paling major dalam 'sleeping disorder'. Perkataan Somiloguy diambil dari perkataan soliloguy yang merujuk kepada 'tidur bercakap' boleh berlaku dalam jangka masa sekejap dan berulang mahupun sepanjang ceramah/syarahan. Jangan terkejut ia juga boleh menjadi kuat atau kadang-kadang seperti tak dengar perbualan yang diucapkan. Sebab itu ada yang memakai mouth-guards untuk mengelakkan dari bercakap semasa tidur.

3. Cataplexy


Ketawa dan satu dunia akan ikut anda ketawa, menangis.. dan anda akan menangis sendiri. Bukan ini yang ingin LadyLista bincangkan, ada satu sindrom apabila kita ketawa dan kamu boleh jatuh dan tertidur. Mereka yang menderita dengan penyakit ini akan tidur serta merta selepas mendapat serangan urat geleteknya. Bunyi macam kelakar tapi ia benar-benar terjadi. Sindrom yang jarang berlaku ini mungkin terdapat pada 5 orang daripada 10000 orang.Penderita sindrom ini mengalami kejutan otot yang menyebabkan otot hilang rentak. Ia juga berkaitan dengan perasaan/ emosi seseorang.

4. Keganasan dalam tidur/ Sleep Violence Sleeping Disorder

Mereka yang mengidap penyakit ini menunjukkan keganasan setelah tidur. Sepelik cerita 'Dr Jekyll and Mr Hyde' penderita penyakit ini seperti mengalami masalah split identiti. Namun semasa sedar, mereka kembali menjadi diri mereka yang normal yang tidak ganas. Penyakit jenis ini sangat bahaya kepada pengidap kerana banyak kes menunjukkan penderita membahayakan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Mereka boleh diubati dengan menjalani rawatan intensif dan berjumpa dengan terapi. Jika seseorang dalam keadaan kritikal, pengidap penyakit ini diletakkan dibawah pengawasan CCTV semasa tidur bagi mengelakkan mereka bertindak lebih liar.

5.Lumpur ketika tidur / Sleep Paralysis


Seperti namanya lumpuh, penyakit ini menyerang ketika mangsa baru hendak mula tidur ataupun sewaktu terjaga dari tidur.Penyakit ini tidaklah aneh, di US sahaja 40 % dari rakyatnya mengalami sleep paralysis ini. Ia bukan suatu yang membahayakan dan ia berlaku dalam kadar beberapa minit sebelum seseorang mampu untuk menggerakkan kembali anggota badannya. Walaubagaimana pun, ia sesuatu yang pelik kerana, ketika seseorang diserang sleep paralysis ini, mereka tidak mampu bercakap, tidak mampu bergerak mahupun melakukan sebarang aktiviti. Mengapa ia berlaku? Ia mungkin berlaku kerana sesorang itu insomnia, mengalami tekanan dalam hidup mahupun baru mengubah masa tidur. Keadaan ini dapat hilang apabila seseorang menyentuh sesorang yang mengalami lumpuh tidur. Dalam satu kajian lain, kebanyakkan posisi yang membuatkan mereka senang terkena serangan ini adalah tidur telentang.

6.Tidur kaki bergerak / Restless Leg Syndrome (RLS)



RLS juga tergolong dalam penyakit gangguan tidur ini kerana seseorang pengidap penyakit ini akan menggerakkan kaki dengan harapan untuk tidur. Dalam sesetengah kes, pergerakkan kaki yang terlalu sangat kuat sehingga mengganggu orang sekeliling. Dalam tahap yang lebih tinggi, seseorang pengidap RLS akan merasa kaki panas dan gatal yang akan menghantar isyarat otak bahawa kaki berada dalam keadaan yang tidak selesa. Walaupun tak ada satu kajian yang dapat menyokong perbuatan ini akan menyebabkan seseorang dapat tidur tetapi ia sudah pastinya gangguan untuk pengidap dan juga pada pasangan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 22-3-2015 05:11 PM
Sleep Paralysis selalu jugak kena dulu.

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.161059 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top