LadyLista - Makanan pelik dan unik menyebabkan sesuatu tempat jadi terkenal. Jika makanan yang dijual lain dari biasa, ia dapat menarik minat penduduk tempatan serta pelancong dari luar negara untuk berkunjung dan menjamu selera. Sedap atau tidak, biasa atau aneh, akan ditentukan kemudian.
Makanan pelik boleh didapati di restoran, di tepi jalan dan juga di rumah penduduk tempatan. LadyLista ingin kongsikan senarai 10 menu berserta gambar yang terdapat di seluruh dunia namun tidak termasuk Malaysia. Sedikit fakta atau info yang berkenaan juga ada kami selitkan. 1. Balut Egg Lokasi : Filipina Info : Telur yang mengandungi embrio itik direbus dan dimakan.
2. Boodog Lokasi : Mongolia Info : Daging kambing dimasak dalam perut kambing tersebut. 3. Century Egg Lokasi : China Info : Telur itik, ayam, puyuh yang diperap dalam arang, garam, perahan limau selama beberapa minggu dan bulan. 4. Escamoles Lokasi : Mexico Info : Hidangan telur semut. 5. Sannakji Lokasi : Korea Info : Hidangan sotong kurita hidup dengan bijan dan minyak bijan. 6. Tuna Eyeball Lokasi : Jepun Info : Mata ikan tuna digunakan dalam masakan. 7. Cock’s Combs Lokasi : China Info : Balung ayam jantan digunakan dalam masakan. 8. Fruit Bat Soup Lokasi : Micronesia Info : Sup yang menggunakan kelawar buah. 9. Smoked Rat Lokasi : Vietnam Info : Hidangan tikus salai terkenal di Canh Nau. 10. Rocky Mountain Oysters Lokasi : Amerika dan Kanada Info : Testis lembu, biri-biri dan khinzir yang digoreng.
|
ADVERTISEMENT