Pasukan Selangor terpaksa akur dengan kekalahan di tempat sendiri selepas tumbang kepada pasukan Terengganu dengan 3-0 di stadium Shah Alam, Selangor. Walaubagaimanapun, anak buah Mehmet Durakovic itu membuka jaringan pertama seawal minit ke 21 hasil sepakan pemain import iaitu De’ Paula apabila penjaga gol Terengganu tidak dapat menghalang bola masuk ke gawang gol. Terengganu mencari penyamaan mata di minit yang ke 90 hasil daripada sepakan kencang dari Vincent Bikana. Perlawanan masa akhir terikat seri satu sama dan pengadil memberi masa tambahan selama dua minit. Pada masa tambahan minit yang pertama, pertahanan pasukan The Red Giant Robert Cornthwaite membuat aksi hambar apabila menanduk bola ke gawang sendiri dan menjadikan jumlah mata pasukan Terengganu 2-1. Selain daripada itu, pasukan Selangor banyak peluang untuk menghasilkan gol tetapi sepakan dapat diselamatkan oleh penjaga gol. Babak yang terakhir untuk kemenangan bagi pasukan Skuad Penyu itu apabila Kapten pasukan Zairo Anuar membuat kejutan dengan sepakan padu pada masa minit tambahan kedua meletakkan mata perlawanan bagi pasukan Terengganu 3-1.
|
ADVERTISEMENT