CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sex Luar Tabii Tidak Termasuk Dalam Hukum Hudud

23-3-2015 09:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12847| Komen: 80

Sex Luar Tabii Tidak Termasuk Dalam Hukum Hudud

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah



Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, kesalahan melibatkan pelakuan seks luar tabii tidak termasuk dalam hukuman hudud.

Sebaliknya, beliau berkata,  hukuman bagi kesalahan melibatkan pelakuan seks lesbian, seks dengan mayat dan haiwan dimasukkan di dalam kesalahan ta'zir - bukan seperti yang diaporkan sebelum ini bahawa ia dimasukkan dalam kesalahan liwat.

Sebelum ini, ADUN Panchor itu memberitahu media bahawa hukuman untuk kesalahan melibatkan pelakuan seks luar tabii tidak digugurkan dalam Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan Khamis lalu tetapi dimasukkan dalam kategori sama dengan kesalahan liwat.

"Itu silap saya (laporan sebelum ini). Sebenarnya liwat hanya dalam kes liwat. Lesbian, bersetubuh dengan binatang, mayat akan masuk dalam kategori ta'zir iaitu kita akan pinda  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kelantan) 1985. Bukan (dimasukkan) dalam kategori liwat dan hudud.

"Saya silap memberi keterangan. Selepas saya memeriksa semula, ia sebenarnya di bawah ta'zir yang kita akan pinda dan masukkan dalam enakmen 1985 itu yang mana akan dibuat dalam sidang DUN akan datang," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Menurut Mohd Amar lagi, pada sidang DUN akan datang, kerajaan negeri akan membentangkan enakmen 1985 iaitu khusus kepada kesalahan ta'zir.

"Ia (seks luar tabii) sebenarnya tidak dimasukkan dalam hudud tetapi ta'zir. Boleh jadi hukuman ta'zir lebih berat daripada hudud. Ia atas mahkamah," jelasnya.

Ta'zir merupakan kesalahan-kesalahan selain daripada kesalahan hudud atau qisas.

Hukuman bagi kesalahan ta'zir akan ditetapkan oleh Badan Perundangan Negeri di bawah Kanun Jenayah Syariah II atau selainnya dan hukuman dijatuhkan mengikut budi bicara mahkamah.


6

Bagus
6

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 21-3-2015 11:00 PM
K'tan deputy MB admits error on 'unnatural sex'
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

[url=]
55
[/url]

Deputy Kelantan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah has now clarified that punishment for ‘unnatural’ sex acts such as lesbian sex, necrophilia, and bestiality do not fall under hudud

Quote cmf_WonBin 21-3-2015 11:09 PM
Belajar tak habis kah?
Quote kentutmanis 21-3-2015 11:19 PM
Bahaya ni kejap boleh pastu xboleh, yg penyokom hudud buta tuli je sokong, pasni kalu dah kene kerat tangan ehh tibe2 tsalah xperlu potong tgn kan.. Lesbian kejap halal kejap haram,sape yg ubah hukum tuhan ni sesuke hati mak nenek ni, sokong lg hudud,Pas pon xtau pebende dieorg buat
Quote kucingTomey 21-3-2015 11:24 PM
kesian perlaku2 tersebut...bagi mereka peluang....
mereka merogol arini....bagi mereka peluang....

mereka merogol lagi..bagi lagi peluang.....

mereka merogol lagi..masuk dalam penjara..bagi makan minum...jumpa pulak kawan2 kaki toron...beres...

jangan sebat ..sebab kesian....


malaysia ke arah kemakmuran sejagat...!!

pergi mampos pas...keh3
Quote axl_bach 21-3-2015 11:30 PM
kentutmanis replied at 21-3-2015 11:19 PM
Bahaya ni kejap boleh pastu xboleh, yg penyokom hudud buta tuli je sokong, pasni kalu dah kene kerat ...

apa neraka yg ko merepek nih???sapa yg cakap lesbian halal??? isu nih dah lama dibincangkan, x pernah timbul pun isu lesbian kejap halal kejap haram.....yg menjadi khilaf adalah adakah lesbian/seks luar tabii termasuk dlm jenayah HAD atau Ta'zir.........sbb kes kesalahan sebegini xder dlm sirah baginda untuk dijadikan rujukan dan sandaran maka memerlukan ulama membuat ijtihad hukum baru berdasarkan QIAS.........so hukum tetap JELAS IAITU SEKS LUAR TABII adalah HARAM dan merupakan suatu KESALAHAN, cuma masih diperingkat pengkajian samada di bawah JENAYAH HAD atau JENAYAH TA'ZIR.....

xyah nak merepek kata ada org cakap sekejap HALAL sekejap HARAM....

sumer tu adalah loophole terma perundangan yg sepatutnya dikaji sedalam2nya oleh pakar2 perundangan syariah dlm memantapkan lagi Enakmen Jenayah Syariah HUDUD berkenaan......

sama cam isu yg selalu dibangkitkan dlm rang undang2 JENAYAH SYARIAH berkenaan meliwat isteri......dlm draf berkenaan disebut MELIWAT ISTERI tidak termasuk dlm jenayah HUDUD.....tp sbb ada kelonggaran terma legal maka macai2 putar cakap MELIWAT ISTERI DIBENARKAN oleh HUDUD PAS, sedangkan perlu dibaca yg MELIWAT ISTERI tidak termasuk HUDUD, tetapi DIBAWAH TA'ZIR......
Quote Anak_Nogori 21-3-2015 11:35 PM
Pas nak pinda hukum Allah lagi ke ni?..

Patut lah nik aziz pernah ckp hudud boleh dibecki..dibecki..

Besok2..pas uturn lagi..maafkan saya..saya silap..dlm hukum hudud semua bangsa agama dikenakan hudud..bukan hanya dikenakan pada org islam saja....mampusss mcm ni..
Quote Decaffeinated 21-3-2015 11:44 PM
dah ada sistem undang2 yang terbaik (bukan perfect) tapi masih tak puas hati nak cuba yang baru...

We should only try to prevent lunacy up to a point. Beyond that aku kata biarkan sahajalah.... macam gak orang yang nak terjun bangunan. Aku akan cuba pujuk selama 10 minit, kalau degil gak nak terjun, nak suruh tolong tolak pun boleh...

Quote batu kikir 21-3-2015 11:45 PM
Wahai balaci PAS PIS PUS.

Cuma fikir sejenak...............

HUDUD PAS PIS PUS NI.....................UNDANG2 MANUSIA YG BUAT ATAU MEMANG DARI ALLAH TA'ALA.

sebab kalau dari Allah Ta'ala...........tak perlu dibecki.....semuanya jelas dan nyata.
Quote sahamboi 21-3-2015 11:47 PM
Pergila belajar Al-Quran tu. Dalam hukum hudud ada kesalahan2 dia. Tak semua kesalahan disebut dalam Al-Quran. Mana2 kesalahan yang tidak disebutkan dlm Al-Quran akan dijatuhkan hukum takzir. Hukum takzir atas budi bicara seorang manusia mungkin seorg hakim.
Quote atira 21-3-2015 11:51 PM
kalau lobai hudud pon boleh konpius.. apa lg rakyat marhean...
Quote batu kikir 21-3-2015 11:56 PM
Edited by batu kikir at 21-3-2015 11:58 PM

Ada pulak kata hanya hukum yg termaktub dalam Al Qur'an saja yang bolih dijadikan Hudud..........kalau tak........... pakai takzir je yakni hukum manusia...........kalau dah hukum manusia, kira tak terbaik lah tu. Sebab manusia banyak kelemahan. Habis yg selama ni mahkamah menghukum guna hukum buatan manusia alias takzir itu nak kata apa?

P/S Makin ramai yang gila lepas ni
Quote TuntungReturn 22-3-2015 12:06 AM
20 taun punya kajian pun leh silap?
Quote Maideen. 22-3-2015 12:15 AM
Anak_Nogori replied at 21-3-2015 11:35 PM
Pas nak pinda hukum Allah lagi ke ni?..

Patut lah nik aziz pernah ckp hudud boleh dibecki..dibeck ...

Hahahaha.......

Mankala Hadi berkata "Manusia jangan tunjuk pandai. Ini hukum Allah tawwwww!", Nik Ajis pula berkata "Kito buleh Becky, Kito buleh Becky!"

Tapi itu hudud ala PAS versi Terrngganu lah. Yang ini hudud ala PAS versi Kelantan.....

Maideen~Hukum Allah kununnnnnn.....prrrrrrpfffftght
Quote TuntungReturn 22-3-2015 12:18 AM
pompuan dirogol contohnya jika takde 4 org saksi pun bleh jatuh hukum.puak2 lobai la dok jaja 4 org saksi ke ulu ke ilir.. perogol bleh jatuh hukum oleh undang2 takzir. bukti2 rogol seperti dna,baju koyak,calar badan boleh diguna pakai.
Quote Maideen. 22-3-2015 12:21 AM
batu kikir replied at 21-3-2015 11:56 PM
Ada pulak kata hanya hukum yg termaktub dalam Al Qur'an saja yang bolih dijadikan Hudud..........kal ...

Ada sorang forumner baru nak jadi lobai agaknya Maideen tengok asyik lah mengatakan hudud PAS ini ada dalam Quran. Hendak jer Maideen tanya kat mana  ditulis dalam Quran yang kata orang berzina kena rajam? Tapi  biatlah....terencat pulak cita cita dia nak jadi lobai pejuang Isle nanti....
Quote Maideen. 22-3-2015 12:28 AM
TuntungReturn replied at 22-3-2015 12:18 AM
pompuan dirogol contohnya jika takde 4 org saksi pun bleh jatuh hukum.puak2 lobai la dok jaja 4 org  ...

Itu lagi satu.....ada jugak tukang rajam dan potong tangan kata kalau tak ada 4 saksi yang layak yang nampak dengan jelas zakar masuk kedalam faraj sampai ke tahap hasyafah zakar tersebut, kita boleh pakai takzir...

Maideen~Takzir hasyafah dia.....
Quote nagapompuan 22-3-2015 12:34 AM
batu kikir replied at 21-3-2015 11:45 PM
Wahai balaci PAS PIS PUS.

Cuma fikir sejenak...............

Abe Batu, kekdahnyer pada lobai tidak jelas dan nyata hukum Allah itu, jadiknye, mereka terpaksa becki..tak pe, mereka adalah orang terpilih diangkat Tuhan utk mengubahsuai apa yg deme rasa tidak perfect. Boleh dibecki utk deme, yg dop boleh becki adalah iman tukang soal perlakuan deme. Kamu isle ke? Haaa giteww soalan deme pada kamu nanti...
Quote Maideen. 22-3-2015 12:43 AM
Terlanjur nak pinda hukum takzir pulak, Maideen cadangkan onani (yakni memanipulasi zakar sehingga sampai ke kemuncak syahwat) di masukkan sebagai salah satu kesalahan takzir.

Sebagai hukumannya pula Maideen cadangakan selepas sembahyang jumaat di perkarangan masjid, pesalahnya diikat di dikayu khas berbentuk "A"

Kemudian seorang lobai hendaklah menyelak kain sarong pesalah itu dan seorang lagi melastik kerandut pesalah itu dengan rubber band sambil mengira Satu!  Dua!,,,,sampai lah 20!

Setiap jeritan kesakitan pesalah itu hendaklah disambut dengan laungan takbirrrrrrr oleh penonton.

Rasanya hukuman ini selari, sesuai dan sama genus dengan hukuman hukuman ala Isle yang lain....

Wallahualam.
Quote batu kikir 22-3-2015 12:43 AM
Maideen. replied at 22-3-2015 12:21 AM
Ada sorang forumner baru nak jadi lobai agaknya Maideen tengok asyik lah mengatakan hudud PAS ini  ...

Aku tengok macai PAS PIS PUS...........antara kesederhanaan yg jadi amalan Rasulullah SAW.........mereka prefer yang ganas dan punya sifat kebinatangan. Seronok agaknya. Zaman Rasulullah.............berapa kali baginda merejam pesalah??? (walopon ada riwayat mengatakan seorang pesalah wanita penzina mengaku kesalahan...........tapi baginda bagi peluang untuk wanita tu mengubah pendirian). Berlainan dgn macai..........seronok betul nak jalankan hukuman. Soalnya..............BAIK SANGAT KE MACAI? Adakah sebaik Mus Spender?

Kalau dah hukum PAS PIS PUS ni banyak sangat salah (salah adalah sifat manusia).............. bolihkan kita katakan dia hukum Allah SWT. Allah SWT maha sempurna tak mungkin ada salah dan silap.

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074185 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top