Makcik Doakan Lee Kua Yew, Ramai Yang Tidak Setuju? SINGAPURA: Setiap hari, Cik Rusnah Abd Rahman, tidak putus-putus mendoakan agar Mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew cepat sembuh. Cik Rusnah antara rakyat Singapura yang berduyun-duyun ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk menyampaikan kad ucap selamat dan bunga untuk Encik Lee. Ketika ditemui MediaCorp di SGH, Cik Rusnah dengan penuh sebak berkata Singapura terhutang budi kepada Encik Lee, yang sudah banyak berjasa kepada negara dan rakyat. "Saya doakan untuknya setiap hari. Saya juga amat rasa sedih bila keadaan dia seperti ini, pasal bagi kita, tanpa dia kita tidak akan berada di sini seperti sekarang, kerana dialah negara kita maju," ujar beliau dengan linangan air mata. Luah Cik Rusnah lagi sambil menitiskan air mata, meskipun beliau tinggal jauh daripada SGH dan kakinya sakit-sakit, beliau tetap menggagahkan diri demi mendoakan kesejahteraan Encik Lee. "Walaupun saya tinggal jauh, kaki saya sakit, saya tetap menghadirkan diri saya di sini, walaupun sekadar sekeping kad untuknya, saya memberikannya dan saya sentiasa mendoakan dia supaya dia sihat. "Kerana dialah, bagi saya, semua berjaya. Walaupun kita sebagai warga emas, kehidupan kita bermakna," ujar beliau dengan penuh emosi. Satu ruang khas disediakan di luar Blok 7 SGH untuk orang ramai memberi kad ucap selamat atau bunga kepada Encik Lee. Ruang itu dikenali sebagai The Quad, yang terletak bersebelahan dengan Kopitiam.
|
~anya~ replied at 22-3-2015 08:43 AM
Jika macit takde kerja sangat...cuba macit pergi cari forumer stinker yakni lavahensem yakni stinger ...
kak_sue replied at 22-3-2015 08:47 AM
abg stinger masih lagi hidup ke? tak lama akak tak nampak bayang dia....
~anya~ replied at 22-3-2015 09:40 AM
Ada jer...
Hari tuh sejurus anya enlighten fellow forumers of his pitiful condition... anya sebut ...
malawi replied at 22-3-2015 10:00 AM
biarlah dorang melayu singapor jugak bukan melayu mesia
kak_sue replied at 22-3-2015 10:23 AM
org malaysia pun ada enterframe....kalau check their FB...dari perak, east malaysia ....
bias ...
~anya~ replied at 22-3-2015 10:58 AM
Highest paid leader is lee hsien loong... his salary is 1.7 million... far higher than his peers eve ...
kak_sue replied at 22-3-2015 11:19 AM
kalau makcik nak doa biarkan lah. its her choice. kenape kita nak marah2, bangkit segala atuk nene ...
ADVERTISEMENT