|
LadyLista - Baru menimang cahaya mata Januari lalu, Black Mentor ternyata berang apabila ada peminat menggelarkan anaknya beruk.Peminat melemparkan komen tersebut dilaman sosial miliknya.
“Dia kata anak saya beruk, maksudnya dulu kau pernah jugak jadi beruk. Isteri aku cantik, anak aku sempurna. Itu anak aku, kau nak cakap apa, cakap. Tapi jangan aku jumpa kau depan-depan, aku rembat muka kau,” tegas Black penuh perasaan. Emosi sungguh kami lihat Black ketika dia beri amaran itu. Melalui temubual bersama Melodi semalam, ternyata Black tidak senang dengan apa yang diperkatakan kepada anaknya itu oleh seorang individu di laman sosial dan menurut Black, dia sendiri sudah cuba mendapatkan individu terbabit, namun tiada sapaan balas. Khaleef Dayyan dilahirkan pada jam 7.48 petang pada 14 Januari lalu sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan. Bayi yang dilahirkan seberat 2.09 kilogram ini merupakan pengarang jantung Black dan Cira.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.363971 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.