CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuala Wanita Pun Kena Gst

23-3-2015 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12616| Komen: 92

Tuala Wanita Pun Kena Gst


KUALA LUMPUR (Bernama) — Perbahasan seorang anggota Parlimen yang menyuarakan luahan hati kaum wanita di kawasan beliau yang risau terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi tuala wanita apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dilaksanakan kelak, mencuit hati anggota Dewan Rakyat.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan dikenakan CBP, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti.

“Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj CBP. Wanita kata kepada saya kami tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos cili, sharpener, pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj,” katanya yang mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan.

Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan CBT.

“Sebelum ini saya menghadiri penerangan (mengenai CBP) hanya barang tertentu dikenakan CBP, namun kini semakin banyak barangan keperluan rakyat biasa turut dikenakan cukai dan ini membebankan kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana,” hujah beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa agensi penguatkuasa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempromosikan jualan produk melalui iklan dengan menimbulkan rasa takut terhadap CBP seperti ‘Best Sales Before GST’ dan ‘Premium Sales Pre-GST’.

Susulan ucapannya itu, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) bangkit mencelah dengan meminta Tiong menyokong usul penangguhan pelaksanaan CPB, manakala Chua Tian Chang (PKR-Batu) meminta pengesahan terhadap pelaksanaan cukai itu menjejaskan kemasukan pelabur dari luar.

Tiong bagaimanapun menegaskan beliau bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu kerana ia dilaksanakan oleh 160 negara lain dan menolak cadangan pembangkang dengan menyifatkan mereka sebagai ‘banyak kung kali kung’ (putar-belit) kerana mempunyai agenda tersendiri.

Justeru beliau mengusulkan kerajaan agar pelaksanaan CBP tidak dibuat secara berperingkat dengan didahuli dengan barangan mewah untuk mengelakkan kemarahan
rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

10

Bagus
2

Marah
13

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 18-3-2015 09:48 PM
macai xpakai spender,biar bocor merah2 kat bawah tu kasi org tau dialah macai sejati menyokong gst kepimpinan bijan
Quote shernazz 18-3-2015 09:49 PM
Nak xnak tetap kene beli
Ko sanggup guna perca kain batek lipat tebal tebal alas poen,?
Quote missDollie 18-3-2015 09:52 PM
shernazz replied at 18-3-2015 01:49 PM
Nak xnak tetap kene beli
Ko sanggup guna perca kain batek lipat tebal tebal alas poen,?

adoi kaka....gelak gulin2 gue...
Quote Kak-Leen 18-3-2015 09:53 PM
Xpe.. Kain batik akak banyak. Bila lagi nak digunakan, ye tak

Quote missDollie 18-3-2015 09:54 PM
takde kain batik recycle jer tshirt lama..
Quote VirginLady 18-3-2015 09:58 PM
cotton balls seceput tu pun kena..

haku marah sangat ni semua thread gst haku komen berkobar2 maghohhhh
Quote VirginLady 18-3-2015 09:59 PM
*ahh malas nk login dekstop on mobile ni

*cotton balls baby!!

punya la berkira ngan baby pun nak cekau puihh
Quote merrissa 18-3-2015 10:00 PM
hadap je la....nak wat apa kan...dah itu yang majoriti pilih......xmau tuka2
Quote ib-instaforex 18-3-2015 10:01 PM
Edited by ib-instaforex at 18-3-2015 10:11 PM
missDollie replied at 18-3-2015 09:54 PM
takde kain batik recycle jer tshirt lama..

bagus ..ni yg dikatakan kitar semula..bagus utk alam sekitar kita
Quote leni 18-3-2015 10:03 PM
kalau nak beli tuala bagus 8.90 harga. gst 50sen...ini pun bising? aduiiii..papa kedana nya

Quote missDollie 18-3-2015 10:09 PM
ib-instaforex replied at 18-3-2015 02:01 PM
bagus ni yg dikatakan kitar semula..bagus utk alam sekitar kita

marilah sama2 menghijau kan bumi malaysia nan tercinta ini..heee... kembalilah kita ke zaman kuno..
Quote ib-instaforex 18-3-2015 10:12 PM
missDollie replied at 18-3-2015 10:09 PM
marilah sama2 menghijau kan bumi malaysia nan tercinta ini..heee... kembalilah kita ke ...


Quote missDollie 18-3-2015 10:15 PM

ko stress dah kenape? restok je buang dua tiga dozen-dozen sebelom gst..cukup la kot pakai sampai monopos...
Quote melinda_kerr 18-3-2015 10:17 PM
Byk jenis.. Kalau dah miskin pakai sanita ajelah. Kalau kaya skit baru boleh beli librese..
Quote PeahPPRT 18-3-2015 10:27 PM
Susahla akak datang piyed nanti, akak pakai daun pisang
Quote Orange1 18-3-2015 10:32 PM
shernazz replied at 18-3-2015 09:49 PM
Nak xnak tetap kene beli
Ko sanggup guna perca kain batek lipat tebal tebal alas poen,?

Hahq aku gelak gulin2 ok.
Quote nikaido 18-3-2015 10:44 PM
Edited by nikaido at 18-3-2015 10:45 PM

tak suka pad naik harga/kena gst, jgn period!
Quote mak_wa95 18-3-2015 10:49 PM
nikaido replied at 18-3-2015 10:44 PM
tak suka pad naik harga/kena gst, jgn period!

jgn period..ada masalah lain pulak...
Quote mesmerize 18-3-2015 10:50 PM
sedangkan pampers pun kena gst apatah lagi tuala wanita

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050993 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top