CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pak Mie Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia

24-3-2015 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8737| Komen: 54

Pak Mie Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia


PETALING JAYA – Penyelamat haiwan bebas, Muhammad Azmi Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Mie, meninggal dunia selepas diserang strok.
Pak Mie yang berusia 57 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 malam Ahad di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang.

Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid al-Bukhary di Alor Star pada Isnin.

Pak Mie pada mulanya dibawa ke Hospital Tentera Sultan Mizan di Wangsa Maju sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang selepas diserang strok pada pagi Khamis.

Isterinya, Halijah Idris, 68, yang lebih dikenali sebagai Mak Intan, berkata doktor di Hospital Ampang memberitahu keluarga bahawa keadaan Pak Mie adalah kritikal.

Menurut posting di halaman Facebook Pak Mie pada Sabtu, beliau telah menjalani pembedahan tetapi mempunyai ‘harapan yang tipis’ untuk berjaya.

Kemas kini pada Ahad ditulis: “Kata doktor ubat mengepam jantung dah berhenti..hanya kuasa Tuhan dapat menyelamatkan nyawa pakmie.”

Pak Mie dan Mak Intan telah menjaga anjing dan kucing terbiar sejak 1990 dengan menyediakan tempat tinggal kepada 700 ekor anjing dan 200 ekor kucing di Alor Setar.

Mak Intan memberi jaminan perlindungan akan terus diberikan walaupun setelah ketiadaan Pak Mie.

“Walau apa sahaja yang berlaku kepada Pak Mie, saya akan terus memberi perlindungan, bersama anak saya yang berusia 29 tahun Alif Pandi dan dua pekerja sukarela,” katanya kepada The Star pada Sabtu.

“Dia sangat prihatin terhadap haiwan-haiwan ini, yang terbiar atau ditinggalkan, dan kami akan terus menjaganya,” tambahnya.

Cerita pasangan itu berjaya dikesan apabila video mengenai aktiviti sukarela mereka menjadi viral. 

2

Bagus
4

Marah
10

Terkejut
3

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 23-3-2015 01:26 PM
kenapa mata aku masuk abuk
Quote Lorra2411 23-3-2015 01:39 PM

samalah
Quote maharani_gebu 23-3-2015 01:40 PM
innalillah.... semoga Allahyarham mendapat keberkatan Illahi atas keprihatinan beliau terhadap haiwan terbiar sebelum ni...
Quote ais_kosong 23-3-2015 01:41 PM
al fatihah
takziah pada keluarga mak intan
Quote Santeira 23-3-2015 01:46 PM
Semoga Pak Mie ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.
Quote GhostWalking 23-3-2015 01:51 PM
Lorra2411 replied at 23-3-2015 05:39 AM
samalah

Kesian wifenya sensorang ..
Quote CrowneGlory 23-3-2015 01:58 PM
Inalillah... Pencinta haiwan sebnr... Buka pongpang sana sini sayang haiwan tp sebnrnya nak sumbangan psl malas kerja
Quote miabebe 23-3-2015 02:01 PM
Takziah...

Mmg kalo org yg berbelas kasihan kt binatang ni hati dia bersih n mulia..

Semoga mendapat syafaat d akhirat kelak..insyaAllah..amin..
Quote aqissa 23-3-2015 02:05 PM
Al-fatihah
Quote lavabutang 23-3-2015 02:06 PM
al fatihah buat pitmie...





Quote obelisk 23-3-2015 02:12 PM
Innalillah. Takziah kepada keluarga almarhum. Allahumma firghlahu warhamhu.... Semoga ditempatkan bersama golongan org2 yg soleh...
Quote kimsa-ra 23-3-2015 02:12 PM
innalillahiwainnalillahirojiun
Quote shuk_one 23-3-2015 02:24 PM
alfatihah...
Takziah kepada keluarga arwah
Quote mzzenma 23-3-2015 02:28 PM
alfatihah..takziah kepada keluarga pak Mie
aku pun tak mampu buat apa yang diorang buat
Quote scorpionkiki 23-3-2015 02:33 PM
Moga pak pie tergolong dlm golongan ahli syurga...membantu binatang spt anjing yg selalunya di pandang jijik di negara kita ni
Quote deananie 23-3-2015 02:44 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah pada keluarga.
Quote FOTHER-MUCKER 23-3-2015 02:46 PM
GhostWalking replied at 23-3-2015 01:51 PM
Kesian wifenya sensorang ..

Harap harap adalah pak lobai nak ambil makcik tu sebagai isteri ke2 ke ke3 ke ke 4 ke. Jangan asik nak pilih yang muda dara Je untuk ikut sunnah... Nanti tak ikhlas
Quote True-X 23-3-2015 03:04 PM
Ni la org yg btol2 buat kerja...berbakti sesama makhluk...get his hand dirty....

Bukan ke hulu ke hilir ceramah pasal syurga neraka pakai modal a or liur je...

Semoga tenang pak mie di sana
Quote toyaq_03 23-3-2015 03:08 PM
Takziah kepada keluarga arwah...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.072452 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top