1. Lelaki ini buat duit dengan memuat naik videonya yang makan apa sahaja dihadapan kamera
Menggunakan nama 'Shoenice22', dia mula dikenali selepas boleh memakan apa sahaja dan memuat naik videonya ke dalam Youtube sehingga menjadi Youtube selebriti. Di dunia nyata, dia dikenali sebagai Chris Schewe. Walaupun mengetahui ramai yang mengganggap dirinya sebagai seorang yang bodoh namun ia sedikit pun tidak menghentikan perbuatannya. Sebab begitu ramai orang mengikuti Schewe dengan memakan benda 'meraban' adalah kerana sebelum ini dia pernah berkhidmat di Iraq sebagai tentera. Dia yang melihat bagaimana kanak-kanak mati kerana kelaparan, cuba untuk mencapai matlamat dengan menamatkan kelaparan di seluruh dunia. Antara video yang mendapat tontonan yang paling tinggi adalah video memakan tisu tandas dalam masa 10 minit dan meminum sebotol gam.
2. Budak 8 tahun meraih pendapatan 1 juta USD dengan hanya bermain mainan di hadapan kamera Ini Evan, seorang kanak-kanak yang mempunyai pekerjaan yang sangat lah dicemburui oleh semua orang. Dia hanya perlu bermain dengan mainan baru miliknya dihadapan kamera. Videonya biasa akan mencecah jutaan tontonan. Dari permainan lego sehingga apa sahaja mainan miliknya dirakam dan dimuatnaik ke dalam channel Youtubenya sendiri. Yang peliknya, semua penonton seperti tidak bosan untuk melihat kanak-kanak ini bermain. Ibu bapa pada mulanya tidak menganggap ini sesuatu yang boleh menjadi pulangan namun selepas melihat keputusan yang menggalakkan daripada subscriber, ibu bapanya mengambil berat dengan bekerjasama agensi besar untuk mengiklankan videonya. Bagus stategi pemasaran ibu bapa Evan ini. 3. Video tanpa muka yang meraih pandapatan 20 juta USD dengan hanya membuka bungkusan permainan Tiada siapa tahu pemilik tangan yang sentiasa membuka bungkusan permainan yang baru ini. Kanak-kanak zaman kini enjoy melihat video misteri seperti ini. Biasanya dia akan membuka bungkusan mainan dari Disney. Dan setiap bungkusan yang dibuka, kanak-kanak ini akan bermain seperti memberitahu penonton bagaimana mahu bermain permainan ini. Mungkin penonton merasa puas dengan melihat sendiri bagaimana sesuatu barang/permainan itu di'unpack'. 4. Perempuan yang meraih pendapatan sejuta dengan hanya memuatnaik videonya membeli belah Bethany Mota hanya berumur 18 tahun dan popular dengan hanya menyumbangkan review produk yang dibelinya. Kebiasaan barangannya meliputi barang-barang wanita seperti kosmetik. Namanya mungkin lebih famous dari majalah-majalah online masa kini. Setakat ini dia mempunyai 5 juta pengikut dilaman Youtube. 5. David Beckham alam maya yang membuat duit dengan hanya merakam aksi bermain FIFA di Youtube Kalau sebut nama Olajide Olatunji, memang tah siapa-siapa je. Tapi jangan hairan apabila dia sebenarnya superstar digital yang telah mempunyai lebih 9 juta subscriber dalam chanel youtubenya sendiri. Olajide, 21 menetap di UK hanya bermain online game. Minatnya pada 'FIFA game' dan hanya merakam aksinya bermain. Setakat ini, videonya mencapai lebih 2 juta tontonan. 6. Lelaki ini berhenti kerja selepas memuatnaik videonya bermain 'Minecraft' Ini memang boleh jadi satu versi cerita Cinderella alaf baru. Mana tidaknya, Joseph Garrett mendapat tuah selepas memuatnaik videonya bermain 'Minecraft'. Dikhabarkan videonya sahaja mampu mengalahkan channel hits yang lain seperti Justin Bieber ataupun One Direction. Joseph merupakan graduan TV dan video produksi sebelum ini bekerja dengan produksi Barman. Namun selepas videonya menjadi hit dengan jumlah 170 juta tontonan dia membuat keputusan untuk berhenti kerja pada 2013. |
jay_07: Suka nombor 3 tu.. kalau dari dulu aku buat.. rasenya kaya dah aku sekarang.. tapi tangan aku tak kiut macam budak ni la.
ADVERTISEMENT