CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu 7Coli,Kini 12

24-3-2015 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8599| Komen: 13

Dulu 7Coli,Kini 12


Kota Tinggi: Satu keluarga bingung apabila rumah mereka di Jalan Mohamed di sini menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab meletak bungkusan berisi pakaian dalam wanita sejak sebulan lalu.

“Ini kali kedua rumah kami menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab terbabit dan tidak tahu apa motifnya,” kata Azura Ahmad, 35, selepas menemui bungkusan kain merah jambu mengandungi pakaian dalam dan tidur wanita di depan rumah ibu bapanya di sini, petang semalam.

Menurutnya, bungkusan berkenaan ditemuinya kira-kira jam 4.30 petang selepas kali pertama pada 24 Februari lalu.

Katanya, bungkusan itu ditemui ketika dia dan suami, Hamzah Mazelan, 45, berada di rumah berkenaan sejak tengah hari.

“Ketika mahu pulang ke rumah jam 4.30 petang, saya nampak ada bungkusan kain di tepi dinding lalu bertanya kepada ayah mengenainya.

“Selepas diberitahu tidak diketahui mengenai bungkusan itu, kami buka dan mendapati ia mengandungi 12 coli dan dua baju dalam wanita,” katanya.

Menurut Azura, walaupun sudah berkeluarga dan tinggal berasingan dengan ibu bapanya, dia dan anak-anak serta adik lelakinya, Najib, 31, selalu ke situ.

“Ini kejadian kali kedua. Sebelum ini ada tujuh coli, tetapi kini sedozen pula, apa motif mereka?

“Dalam kejadian kali pertama, ibu yang menemui bungkusan dibalut seperti jenazah kanak-kanak di ruang depan rumah jam 7.20 pagi.

“Bungkusan itu berbalut kain hitam sepanjang 1.5 meter mengandungi beberapa pakaian dalam wanita termasuk tujuh coli, dua tudung kepala dan satu baju tidur,” katanya.

Menurutnya, dia belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu, tetapi akan melaporkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dalam masa terdekat.

Harian Metro ada melaporkan beberapa kejadian pelik berlaku di sekitar daerah itu termasuk penemuan seluar dalam dan coli pada papan tanda dan tiang lampu di empat persimpangan lampu isyarat pada 26 Januari lalu.

Seluar dalam dan coli itu ditemui turut digantung pada lampu isyarat di Taman Kota Jaya, Arked MARA, Petronas Jalan Tun Sri Lanang dan Kota Kecil.

Ahad lalu, akhbar turut melaporkan objek seperti hantu pocong setinggi 1.5 meter ditemui diikat pada sebatang pokok pisang di simpang tiga Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya menghala jalan pintas Kampung Panti.

                      
NAJIB (kiri) dan Hamzah menunjukkan baju tidur dan coli. Gambar kecil bungkusan yang ditemui.


11

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
23

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sunquick 24-3-2015 08:41 AM
elok plak dia nyusun mende alah tu.... sabor je la...
Quote jengkoil 24-3-2015 08:42 AM
Tred santapan rohani si abam proton...
Quote Mary_jane 24-3-2015 09:03 AM
Dah kenapa siap bersusun sambil snap gambar. Biar jela berlonggok dalam bungkusan tu. Wartawan ni pun satu
Quote mattzzx 24-3-2015 09:12 AM
Matador? mana lembunyaa.....
Quote GhostWalking 24-3-2015 05:10 PM
lembunya dah ghaibbb
Quote Sunshine81 24-3-2015 05:51 PM
selayaknya pelik nama kampung panti ni.
Quote giyomi 24-3-2015 08:36 PM
mgkn penjual kain bundle tertinggal kot or tercuri oleh mat2 dadah n sebab terlalu lalok tertinggal bungkusan tu kat sana...itu lar motip nya.
Quote estrelle 24-3-2015 09:02 PM
adoii hakak ghost punye tajukiols gegeh tengok pic 2x mmg ade gaya matador tp berkerak la
Quote ~anya~ 24-3-2015 09:17 PM
Mungkin ini merupakan isyarat subtle menyuruh pompuan2 di rumah tersebut pakai bra...
Quote bellaa 24-3-2015 09:26 PM
Wartawan pon pervert

Fetish bra tersusun kemas
Quote kucen_miang 24-3-2015 09:38 PM
Dijemput @peYno masuk menjampi menabur garam.
Quote peYno 24-3-2015 09:39 PM
takde keja je jawa ni
Quote jerukkedondong 24-3-2015 11:30 PM
Macam2 penyakit manusia dalam dunia ni...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067936 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top