CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggap Caj Perkhidmatan Di Hotel, Restoran Seumpama Tips

25-3-2015 12:23 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9248| Komen: 66

Description: "Perkara Ini Akan Dibincangkan Esok Dalam Satu Mesyuarat Gst Bersama Perdana Menteri," Katanya Semasa Sesi Soal Jawab Pada Taklimat Gst Anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab Umno Luar Negara Di Me ...
Anggap Caj Perkhidmatan Di Hotel, Restoran Seumpama Tips


Caj perkhidmatan yang perlu dibayar oleh pengguna di restoran dan hotel adalah kekal walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 1 April ini.

Ini kerana caj berkenaan adalah seumpama tips yang diberikan pengguna kepada pekerja-pekerja.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, bagaimanapun Kementerian Kewangan mahu nama caj perkhidmatan itu ditukar kepada caj restoran dan caj hotel.

Malah, katanya satu perundangan digubal supaya caj berkenaan diagihkan oleh restoran dan hotel bukan sebagai pendapatan kepada peniaga.

"Perkara ini akan dibincangkan esok dalam satu mesyuarat GST bersama Perdana Menteri," katanya semasa sesi soal jawab pada taklimat GST anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia di sini.

Malah, beliau berkata, Kementerian Kewangan mahu mencadangkan satu tindakan paling keras termasuk memenjarakan peniaga yang menaikkan harga barang sewenang-wenangnya pada mesyuarat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, sudah sampai masanya kerajaan bertindak sedemikian untuk memastikan peniaga tidak membuli pengguna berikutan pelaksanaan GST pada April ini.

Ketika sesi berkenaan, Ahmad berkata, rakyat yang menolak pelaksanaan GST kerana tidak tahu mereka telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selama 43 tahun.

Jelas beliau, GST bukan cukai baru tetapi menggantikan SST iaitu satu cukai berangkai daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit kepada pengguna antara lima hingga 10 peratus.

Manakala cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak lima peratus.

"Cuba bandingkan SST yang dikenakan 10 + 5 peratus berbanding 6.0 peratus bagi GST, mana lebih banyak?" tambahnya.

9

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
20

Sedih
3

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 25-3-2015 12:39 AM
Punchline lagi?
Quote kemaruk 25-3-2015 12:43 AM
kalau benda tu dikekalkan, memang sial la

bukannya dapat kat gomen dan rakyat pun
Quote aHoi83 25-3-2015 01:05 AM
eh bukan hari tu kata pengguna berhak untuk taknak bayar ke service caj tu?
Quote anakmak 25-3-2015 01:35 AM
Eh... Ari tu bukan kata mansuh dah nanti ke??? Chehhh!
Quote slyfynx 25-3-2015 03:18 AM
Kalau camtu jadahnye nk buat SATU cukai je
takat tukar nama kepada bukan cukai yang satu lg tu
So still 16 percent la
Taik
Quote SINCITY 25-3-2015 03:21 AM
dua petaka besar di malaysia sedang melanda rakyat . GST dan hudud.
Quote SINCITY 25-3-2015 03:23 AM
aHoi83 replied at 25-3-2015 01:05 AM
eh bukan hari tu kata pengguna berhak untuk taknak bayar ke service caj tu?

kalau taknak kena servis charge tolong selfservis ye.
Quote SINCITY 25-3-2015 03:26 AM
mak i hari tu i turun KL makan kat satu kedai uncle K? punyalah kotornya restaurant tu dan waiter kat situ malas macam tenuk tapi kena bayar servischarge.
Quote miabebe 25-3-2015 03:59 AM
Senang je ckp kn.. Aptb
Quote Al-Patih 25-3-2015 06:09 AM
dio mengajar arimatik ke....atau bagi penerangan...kepada ...kelab kelab aluminium tu
Quote dodolgemok 25-3-2015 07:19 AM
haritu kata boleh tolak utk tanak bagi tips,arini dah lain pulak bunyi nya? macai still gigih bercukur malaysia aman
Quote aTiKah_aYuNi 25-3-2015 07:58 AM
kuat kencing laaaa
Quote jerukkedondong 25-3-2015 08:03 AM
Gst di mana mana...hadap je laaaa....::
Quote ultra78 25-3-2015 08:07 AM
Rakyat malaysia masih bimbo dengan service charge?

Dah berzaman bayar benda tu tapi baru sekarang nak bising?
Quote Sunshine81 25-3-2015 08:16 AM
ha'ah yalah peniaga mana nak turunkan harga? dats y ayat gst mengurangkan lagi harga barang /servis tidak tepat tapi menambahkan. Terus terang saja lah menambahkan bukan mengurangkan. Jangan bagi persepsi yg salah kepada pengguna. buat orang marah saja.
Quote krustykrab 25-3-2015 08:25 AM
Edited by krustykrab at 25-3-2015 08:29 AM

kejap cakap camtu, kejap cakap camni....sah2 la rakyat dah kena tipu
Ketika sesi berkenaan, Ahmad berkata, rakyat yang menolak pelaksanaan GST kerana tidak tahu mereka telah membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selama 43 tahun.

Jelas beliau, GST bukan cukai baru tetapi menggantikan SST iaitu satu cukai berangkai daripada peringkat pengilang, pemborong, peruncit kepada pengguna antara lima hingga 10 peratus.

Manakala cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak lima peratus.

"Cuba bandingkan SST yang dikenakan 10 + 5 peratus berbanding 6.0 peratus bagi GST, mana lebih banyak?" tambahnya

skg ni mokcik beli asam jawa adabi kat tesco tak kena apa2 tax....setat april ni mokcik kena bayar gst kalau beli asam jawa tu, so cer en maslan gitau mokcik ko celah mananya mokcik untung?

  1. <p> </p>
Copy the Code

Quote aechae 25-3-2015 08:26 AM
ultra78 replied at 25-3-2015 08:07 AM
Rakyat malaysia masih bimbo dengan service charge?

Dah berzaman bayar benda tu tapi baru se ...

Kt tv yg tunjuk iklan si anzalna kot dgn sape ntah ckp lps ni xda lg lah 16% gtuu.... Sian makcik pcaya iklan tu taww
Quote aechae 25-3-2015 08:30 AM
Eh tp last time mkn kt secret recipe kt resit tulis gov tax je....xda servis caj tu dh... Bila menteri ckp gini x ke bnda 10% di adakn blk??? Flip flop nya.....
Quote Innrukia 25-3-2015 08:48 AM
Once a liar will always be a liar

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062108 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top