Selepas tiga bulan diketepikan kerana mengalami kecederaan lutut, pemain sayap, Azamuddin Akil bertekad untuk memulihkan semula reputasi Pahang. Ketiadaan Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex jelas menjejaskan corak permainan Pahang terutama di bahagian jentera serangan. Pada Sabtu, Azamuddin berpeluang beraksi menentang MISC-MIFA selama 25 minit dan hampir menemui semula sentuhan pemusnahnya. Bagi Azamuddin, dia mengakui terlalu berhati-hati pada penampilan semula bersama Pahang namun menegaskan dia akan bangkit untuk membantu pasukan kelahirannya kembali ke landasan sebenar. Ketika ini, Pahang bergelut untuk mencapai kemenangan dan hanya berada di kedudukan ke 10 Liga Super. Pada masa sama, Azamuddin turut menyuarakan keinginan untuk kembali menyarung jersi negara. Skuad negara ketika ini dalam rangka persiapan menghadapi Oman pada perlawanan persahabatan namun Azamuddin sekadar menjadi pemerhati. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT