Perak Buru Import Berkualiti Pengendali Perak Datuk M. Karathu memuji kualiti yang dipamerkan pemain import, Woong Nam Kung selepas muncul penyelamat dengan meledak dua gol untuk membantu Perak mara ke suku akhir Piala FA. Gol yang dijaringkan pada minit ke-17 dan m31 itu cukup bermakna buat Perak untuk mememadam kelebihan T-Team yang terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan Forhad Tadjiev. "Selepas ditimpa kecederaan, kemudian dia (Nam Kung) kembali dan bermain dengan baik serta menjaringkan dua gol. "Dia pemain yang hebat," ujar beliau. Dalam pada masa yang sama, dua pemain import lagi, Marco Tulio dan Charles Souza Chad gagal memuaskan hati M. Karathu yang mahu menggunakan tempoh jadual perlawanan antarabangsa ini sebagai medan pemilihan pemain import yang dihajatinya. "Kami ada dua minggu untuk berehat dan akan perlu menyelesaikan beberapa perkara. Dari mula lagi, kami tidak mempunyai pemain import kualiti dalam pasukan saya. Kami masih memerlukan pemain import yang bertaraf tinggi." sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT