CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Resepi Ais Krim Goreng Panas Diluar Sejuk Didalam

26-3-2015 03:24 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3471| Komen: 2

Dimusim panas yang sedang melanda negara kita sekarang ini, jika manjakan tekak kita dengan ais krim ibarat satu nikmat yang tak terhingga buat kita. Jadi Ladylista ingin berkongsi cara senang dan cepat untuk membuat ais krim goreng. Bahan-bahan pun amat mudah didapati hanya dikedai runcit berhampiran anda sahaja. Sambil layan cd hindustan, sambil makan ais krim goreng... perghh tak terhingga nikmatnya :)

Bahan-bahan :

- Sebekas Ais krim (perasa mengikut citarasa anda)
- Roti keping

- Gelas besar atau tupperware bulat


Cara membuatnya :

1. Letak ais krim di antara dua roti yang ditekup. Tekan dengan gelas besar atau tupperware untuk bentukkan bahagian luar supaya bersambung.

2. Selepas dibentukkan ais krim tersebut dalam roti, masukkan ke dalam plastik untuk simpanan dalam peti sejuk 2 hingga 3 jam. Boleh goreng terus atau disimpan untuk hari lain.

3. Sebelum goreng, pastikan minyak betul-betul panas, keluarkan bahan dari plastik (jika disimpan dalam plastik) dan goreng sebentar sahaja.

4. Angkat dan siap untuk dihidangkan. Enak jika dimakan panas-panas


Selamat mencuba!


Gambar sumber dari : Google Image




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 02:40 PM
senang begitu shj? boleh cuba ni.
Quote epis 29-3-2015 02:23 PM
kalau tunjuk cara buat lagi mudah tuk difahami~~~

Lihat semua komen(2)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.027679 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top