CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Resepi Koktail Buah-buahan Yang Menyelerakan

26-3-2015 04:05 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5308| Komen: 1




Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Nata de coco
Sumi Jelly
Sedikit bahan perasa (gula dan garam)


Cara Membuat:
1-Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain)
2-Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
3-Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan/masak di atas dapur untuk seketika.
4-Jika dimasak, sejukan dahulu barulah boleh masukan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly
5-Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

Untuk lebih sedap, sejukan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

Tak susahkan? Pelbagai warna, pelbagai rasa... pasti sedap hingga terpejam mata. Jika ingin lebih sedap lagi boleh letakkan ais krim vanilla atas koktail tu. Selamat mencuba


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Ddion 8-4-2015 02:41 PM
ini dessert plg senang n disukai ramai. elok utk pot luck (kalau jenis malas) n open house.

Lihat semua komen(1)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.020778 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top