[Hoki] Faizal Perlu Jaga Disiplin - Khairy Faizal sekali lagi menjadi tumpuan selepas gagal menghadiri sesi latihan skuad kebangsaan pada Ahad. Selain itu, dia juga beraksi bersama kelab Hong Kong, SSSC tanpa kebenaran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). Kemelut kewangan yang membelenggu pemain itu dikatakan menjadi punca mengapa dia berbuat demikian. Begitupun Khairy berharap segala permasalahan membabitkan Faizal dapat diselesaikan segera. "Saya harap faizal sendiri dapat mempamerkan tahap disiplin yang tinggi. Beliau kena ingat sebagai pemain kebangsaan, sebagai seorang pemain yang hebat, sebagai seorang ikon hoki kebangsaan, nasihat saya kepada Faizal ialah pastikan beliau dapat membawa diri dengan baik, menjaga disiplin sentiasa dan terus menyumbang kepada kecemerlangan hoki negara," katanya. Pada Selasa, Timbalan Presiden KHM, Datuk Nur Azmi Ahmad mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan akan disiasat dengan segera. Beliau turut menambah, kemelut antara KHM dan pemain itu sudah mendapat persetujuan terutamanya dari segi pembayaran bonus. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT