CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jalan sesak 30 minit

12-6-2013 12:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8535| Komen: 44


Anggota bomba menggunakan alat memecahkan cermin sisi belakang bagi membuka pintu kereta.


pakcik ismail mengambil gambar mangsa dgn iphone 9


Anggota bomba dan pihak hospital memeriksa keadaan mangsa sebelum dibawa ke HBG.

BATU GAJAH – Seorang lelaki tiba-tiba pengsan di dalam kereta mengakibatkan jalan raya sesak lebih setengah jam di Jalan Pejabat Pos, di sini, semalam.

Mangsa berusia 26 tahun itu kemudiannya berjaya dikeluarkan anggota pasukan keselamatan dan terus dibawa ke Hospital Batu Gajah (HBG) untuk rawatan lanjut.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Batu Gajah, Halid Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1.38 petang dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.

“Kita dengan jentera beserta enam anggota tiba di lokasi dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri malah kita telah cuba mengejutkan mangsa namun gagal dan anggota saya terpaksa memecahkan cermin kecil bahagian sisi belakang.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar seminit selepas itu dengan bantuan daripada pihak hospital dan kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, seorang saksi kejadian enggan dikenali berkata, dia yang ketika itu sedang membeli barang di kedai berdekatan bergegas ke tempat kejadian sejurus melihat keadaan kecoh.

“Saya lihat mangsa sudah tidak sedarkan diri dan orang ramai turut cuba mengejutkan mangsa dengan mengetuk cermin selain ada beberapa kereta yang membunyikan hon namun usaha terbabit nyata gagal.

“Pada mulanya saya jangka mangsa sudah meninggal dunia, namun mujurlah apabila perhatikan betul-betul nampak mangsa masih bernafas.

“Nasib baik mangsa pengsan ketika keadaan trafik sesak, jika kenderaan tengah dipandu laju ketika itu mungkin lebih membahayakan,”


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote True-X 12-6-2013 12:09 PM
siannyer... sib bek bukan time tengah drive 100km/j
Quote airfilterbersih 12-6-2013 12:15 PM
penyakit tertido ke sbb die ngantok sgt pastu tertido mase dlm jem??

ke pengsan sbb lain??
bahaya ni.
Quote bonquiqui 12-6-2013 12:18 PM
aku pernah tunggu traffic light belakang sebuah kereta ni, bila lampu hijau kereta depan x jalan2. bila potong rupenye mulut ternganga dongak ke atas daa... mabuk
Quote lizaliza 12-6-2013 12:20 PM
aku pernah pengsan dalam bas yang penuh sesak dek umat manusia...
tapi aku tak terjatuh, cuma handbeg aku je terjatuh kebawah...
Quote none88 12-6-2013 12:26 PM
nape je pengsan...
tak cakap pon saket ape..
bahaya nie...
Quote lasagnaklcc 12-6-2013 12:28 PM
pakcik ismail tu sape?
Quote md.jie 12-6-2013 12:34 PM
mangsa nampak muda dan sihat aje, punca kejadian masih munjadi tanda tanya
Quote xpdckelate 12-6-2013 12:43 PM
yang ni kena check doc,karang bahaya plak tgh drive lelaju pastu pengsan,naye org lain
Quote tebuanharimau 12-6-2013 12:47 PM
lasagnaklcc posted on 12-6-2013 12:28 PM
pakcik ismail tu sape?

advancenya pakcik Ismail ada Iphone 9
Quote ren0_0 12-6-2013 12:50 PM
kulig aku punya emak pernah pengsan masa driving. nasib baik hentam merc ke volvo yang serupa kereta kebal tu. kalau tak ada kereta tu, mau ke longkang besar katanya
Quote ell768 12-6-2013 12:52 PM
pakcik ismail glamer laa pakcik lepas ni...huhuhuhuh...x pasal2 jd thread pasal pakcik ismail lak..hahahahha..

kesian betul..sampai pengsan..nasib baik masa jalan tgh jem..kalau tgh drive tu pengsan haru laaa..
Quote tapibukanaku 12-6-2013 12:53 PM
airfilterbersih posted on 12-6-2013 12:15 PM
penyakit tertido ke sbb die ngantok sgt pastu tertido mase dlm jem??

ke pengsan sbb lain??

hati2 memandu dan jaga kesihatan
Quote Firaaz 12-6-2013 12:53 PM
Ingatkan tido mati
Quote mohdcrow 12-6-2013 01:03 PM
naper mcm dihighlight lak iphone9 pakcik tu...hahaha
Quote edoraixora 12-6-2013 01:21 PM
aiyooo...wartawan pun kasik brite penuh
sebab musabab jadik pingsan ittew
Quote sueism 12-6-2013 01:26 PM
tebuanharimau posted on 11-6-2013 06:47 PM
advancenya pakcik Ismail ada Iphone 9

baru nak komen...memang advance sungguh pakcik Ismail nie

Quote mrdone 12-6-2013 02:01 PM
iphong 9 da keluar ekk.?..
pakcik ismail mengambil gambar mangsa dgn iphone 9
Quote ninja boy 12-6-2013 02:18 PM
aku pernah tertidur di tepi simpang bersebelahan 7-e, sedar2 org ketuk kereta 2 jam jugak tidur di situ, selain itu selalu tertidur dalam kereta yg diparking tepi balai polis dan mcd 24 jam, yg x bleh blah ketika di changlon dulu parking kereta depan hotel tertidur sedar2 bangun sudah jam 8 pagi
Quote batmana 12-6-2013 02:21 PM
sakit apa la agknya..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079022 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top