CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habib Jewels Tawar Diskaun Barang Kemas 70 Peratus

30-3-2015 09:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17323| Komen: 81

Habib Jewels Tawar Diskaun Barang Kemas 70 Peratus

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 27 Mac – Bagi menghargai kesetiaan pelanggan, Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) menawarkan diskaun barang kemas sehingga 70 peratus sempena Last Chance Sales yang berlangsung bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, tawaran diskaun yang berlangsung itu diadakan buat julung kalinya sempena Jualan Greatest Sale in Town yang bermula 1 Mac lalu.

Katanya, tawaran berkenaan melibatkan pemberian diskaun di semua 33 cawangan dan bilik pameran Habib Jewels di seluruh negara.

“Jualan kali ini menawarkan harga barang kemas Habib yang paling murah dan tidak pernah kita berikan sebelum ini termasuk beberapa jenis rekaan barang kemas buatan tangan dari Itali iaitu Oro Italia 916.

“Selain itu, pada jualan kali ini, kita menawarkan diskaun yang hebat untuk berlian bersijil terdiri daripada berlian terbaik dari segi potongan, karat, kejernihan dan warna berlian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain tawaran sehingga 70 peratus untuk barang kemas terpilih, Habib Jewels sebagai pengedar tunggal jenama jam popular, Ice-watch di negara ini juga menawarkan jam tangan jenama itu yang bernilai RM629 secara percuma dengan setiap pembelian barang kemas berlian bernilai RM3,000 dan ke atas dalam satu resit.

Dalam pada itu, Meer Sadik memaklumkan, bermula hari ini sehingga Selasa depan, operasi jualan bilik pameran di Habib Jewels Ampang Point akan dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam manakala pada 31 Mac ini, operasinya dilanjutkan sehingga pukul 12 malam.

Tambah beliau, ini bagi membolehkan pelanggan yang terikat dengan tugas dan kerja pada waktu siang dapat mengunjungi bilik pameran berkenaan pada sebelah malam.

Istimewanya, pada hari terakhir promosi berkenaan berlangsung, pelanggan turut berpeluang dilayan sendiri Meer Sadik di bilik pameran berkenaan.

“Saya akan berada di situ pada hari terakhir bagi memeriahkan kempen diskaun Habib Jewels dan sudah pasti ini merupakan jualan terakhir sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April,” katanya.

7

Bagus
17

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 28-3-2015 11:53 AM
Dulu la..

Maseh lagi ke?

Quote tightcherry 28-3-2015 11:54 AM
70% utk berlian permata je kot... Kalau emas 916 tu tak kot
Quote incrossroad 28-3-2015 12:13 PM
BerLian sebenarnya telah tiada instrisic nilai atau resell value, the minute you nak jual u lose 80% .Tak boleh dibandingkan dengan emas.

Berlian is entirely hype up oleh cartel melalui iklan kononnya diamond is forever. Tapi mereka telah berjaya.
Quote Decaffeinated 28-3-2015 12:34 PM
incrossroad replied at 28-3-2015 12:13 PM
BerLian sebenarnya telah tiada instrisic nilai atau resell value, the minute you nak jual u lose 80% ...

betullah tu

diamond is forever.... forever yours... jangan jual



Quote CrowneGlory 28-3-2015 12:46 PM
Baru minggu lepas beli gelang 916... Dapat diskaun RM5 setiap gram.. Sampai hujung bulan ni..siapa nak beli emas better beli sekrg sebelum gst..kata salesgirl tu lps gst dorg x bg diskaun lg.. Sbb emas dorg x kenakan gst tp no more discount..unlike kedai emas lain yg kenakan gst... Yg sampai 70% tu batu permata..
Quote miabebe 28-3-2015 01:04 PM
Beli la Emas bekoyan2...xde  ruginya...beli Emas beli umah... Yg lain xpayah..
Quote kimsa-ra 28-3-2015 01:12 PM
iols dpt surat dr habib suh beli emas.. gst dikenakn juga kt emas...
gmbr yg dikatakn diskaun adalah berlian
berlian tak de untung
Quote Acong 28-3-2015 01:40 PM
beli emas buat pe? boleh jana pendapatan kaa?
Quote naninana 28-3-2015 01:42 PM
Yang less 70% pun.. Dah less beribu lagi rege dia
Quote lasagnaklcc 28-3-2015 01:44 PM
Sampai ujung bln ni emas 162/gram. Discount rm8 dr biasa.

Yg berpuluh2 percent discount tu hanya pd barangan berlian. Saya cari yg emas kuning bertatahkan berlian mmg takde.
Quote atekome 28-3-2015 01:50 PM
Beli emas mmg bgs..simpan sbb value mkin mningkat..tkr kete mmg tk bbaloi sbb harga akn mrudum
Quote bellaa 28-3-2015 01:55 PM
Acong replied at 28-3-2015 01:40 PM
beli emas buat pe? boleh jana pendapatan kaa?

peram dulu..

bila emas naik harga balik, baru jual.
Quote chaintea 28-3-2015 02:23 PM
diamonds....diamonds

Quote Aya_Osman 28-3-2015 03:05 PM
Habib Jewels nie brg dia mmg bagus......zaman2 aku keje Habib dulu lg slalu sale gini...diamond beli mahal..jual blk xde nilai...baik beli emas 916....utk ms depan..xrugi pon...makin mahal lg ada...
Quote mikasa 28-3-2015 03:20 PM
aku beli paper gold....tapi menjunam laa pulak rege ...tunggu lagi 3 taun kot.
Quote abbyhoney 28-3-2015 03:22 PM
Acong replied at 28-3-2015 01:40 PM
beli emas buat pe? boleh jana pendapatan kaa?

berguna utk yg terdesak...boleh le gadai kt Ar Rahnu...
Quote rospinki 28-3-2015 03:27 PM
habib ngan jakel ni adik beradikla..kalau tak menipu tak sah.
Quote Acong 28-3-2015 03:38 PM
abbyhoney replied at 28-3-2015 03:22 PM
berguna utk yg terdesak...boleh le gadai kt Ar Rahnu...

beli rumah lagi best...... boleh sewa  kan   
Quote jfq 28-3-2015 03:48 PM
Sale macam tiada hari esok

macamla 1st apr tu end of the world 2012

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.076991 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top