[Badminton] Saina Nehwal Kini Pemain No.1 Dunia
Media India menyertai ahli politik dan peminat badminton negara ini meraikan kejayaan Saina Nehwal untuk muncul sebagai wanita pertama negara ini menduduki ranking nombor satu dunia dalam sejarah sukan badminton. Saina melakar pencapaian itu dengan penuh bergaya apabila berjaya ke perlawanan akhir pertamanya pada kejohanan Terbuka India setelah mengalahkan pemain Jepun Yui Hashimoto 21-15, 21-11 pada perlawanan separuh akhir di sini semalam. Perlawanan akhir akan berlangsung hari ini. Saluran televisyen juga teruja dengan kejayaan Saina itu dan turut meraikan pencapaiannya dengan menyiarkan liputan komprehensif tentang pencapaian dan kerjayanya sebagai pemain badminton. Kejayaan Saina itu menjadi penawar yang amat diharapkan oleh peminat sukan di India setelah pasukan kriket kebangsaan negara ini tumpas kepada Australia pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Kriket Piala Dunia pada Khamis. Saina adalah pemain badminton kedua India yang dinobatkan sebagai jaguh nombor satu dunia selepas pencapaian Prakash Padukone pada 1986 (dalam kategori lelaki). sumber:www.stadiumastro.com
|
7
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT