The Doctor Juarai Motogp Qatar Legenda MotoGP Valentino Rossi membuktikan beliau masih miliki teknik pemanduan yang cukup mantap apabila menjuarai perlumbaan pertama MotoGP musim ini di Litar Losail, Qatar. Bermula dipetak ke-8 pelumba berusia 36 tahun itu mempamerkan pemanduan yang cukup agresif sebaik pelumba dilepaskan. Kemenangan ini merupakan kali ke 83 buat pelumba Itali itu dan Rossi tidak mampu menyembunyikan keterujaannya sebaik naik ke podium. Pelumba jentera Ducati Team, Andrea Dovizioso merangkul tempat ke-2 manakala rakan sepasukannya Andrea Iannone menduduki tempat ke-3. Musim 2015 merupakan tahun ke 20 buat Valentino Rossi dalam arena MotoGP dan walaupun telah mencatat nama sebagai 9 kali juara dunia namun pelumba itu langsung tidak menunjukan sebarang tanda berhenti. Juara musim lepas Marc Marquez yang menunggang jentera Repsol Honda Team terpaksa berpuas hati menduduki tempat ke-5 apabila dia terbabas keluar dari landasan di selekoh pertama sebaik perlumbaan bermula. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT