Jazeman Jaafar Bakal Pemandu F1 Malaysia
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata rakyat Malaysia mahu dan akan lebih berminat menyaksikan perlumbaan F1 dengan adanya pemandu tempatan seperti Alex Yoong, sebelum ini. "Saya rasa rakyat ingin melihat kita dapat ketengahkan seorang pemandu F1 dan hasil pelaburan ini boleh diukur dari segi aspek pelancongan, ekonomi dan sebagainya. Kami mahu calon paling dekat iaitu Jazeman. "Tapi dia perlukan satu pelaburan untuk kita melayakkan beliau jadi pemandu F1. Jadi sekarang kita kena fikir sama ada kita dapat buat pelaburan untuk melayakkan beliau jadi pemandu F1 atau tidak," katanya. Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara sidang I penggal ke-30 tahun 2015/2016 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. Jazeman, 22, kini berlumba dalam Siri Dunia Formula Renault 3.5 bagi pasukan 'Asia Racing Team'. Mengulas mengenai sambungan kontrak penganjuran F1 hingga 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Khairy berkata pihaknya menyokong pelanjutan tersebut dengan harapan ia dapat membangunkan lagi bakat-bakat dalam sukan permotoran negara. "Kita nak pastikan bahawa penganjuran itu sudah pasti banyak membawa faedah ekonomi kepada negara dari segi pelancongan, industri dan permotoran," katanya. Dalam perkembangan lain, mengenai pelaksanaan Program Podium yang diumumkan pada awal tahun ini, katanya pihaknya masih dalam proses perundingan melibatkan isu gaji dan beberapa perkara yang perlu diperhalusi. Program Podium adalah program pembangunan dan persediaan atlet untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan sasaran mencapai pingat emas pertama negara di pentas Sukan Olimpik. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT