Skuad bola sepak negara bawah 22 tahun hari ini berjaya melakar kemenangan 2-0 keatas Macau di Shah Alam dalam misi cuba untuk menghidupkan peluang beraksi di Qatar. Pengendali Razip Ismail membuat 8 perubahan dalam barisan kesebelasan utama selepas tewas 2-1 kepada Vietnam Jumaat lalu dan nyata percaturan tersebut membuahkan hasil. Pemain Selangor Nazmi Faiz Mansor antara pemain yang digugurkan dari kesebelasan utama. Malaysia membuka tirai jaringan menerusi tendangan penalti pada minit ke 11 yang disempurnakan Syahrul Azwari selepas pemain sayap itu dikasari pertahanan Macau Raposo De Matos Alexandre. Bermula babak kedua, Macau memperkemaskan corak permainan mereka dan mula menerapkan taktik serangan pantas namun tiada penyudah dihasilkan. Sebaliknya, Malaysia meledak gol kedua menerusi tandukan pertahanan Wan Ahmad Amir Zafran Wan Nadris pada minit ke 66. Keputusan 2-0 kekal hingga tamat perlawanan. Skuad kendalian Razip Ismail bakal berdepan Jepun pada Selasa. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT