CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

8 Larangan Di Meja Makan. Tolong Elakkan

1-4-2015 04:56 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5019| Komen: 6


Ramai yang abaikan atau mungkin tidak ambil "kesah" tentang adab ketika berada di meja makan sedangkan ia menggambarkan imej kita sendiri. Amatlah tidak sopan sekali jika perlakuan kita diperhatikan teman-teman atau bakal kekasih dan mungkin juga bakal mertua. Silap-silap terus "cancel" buat menantu. 


Ok jom Ladylista kongsikan apa yang tidak seharusnya dibuat ketika dan sesudah menjamu selera :-


#1 -  Jangan menjamah makanan tanpa membasuh tangan atau makan dengan gelojohnya seperti orang yang kebuluran.


#2 -  Jangan bertengkar didepan makanan. Eh macam tak ada tempat lain kan nak bertengkar.


#3 -  Jangan kunyah berbunyi (mengunyah makanan terlalu kuat hingga menghasilkan bunyi yang amat mengganggu dan menyakitkan hati teman semeja).


#4 -  Jangan menyebut atau menceritakan sesuatu perkara jijik dan meloyakan ketika makan. Ini jelas anda seorang yang mempunyai masalah mental atau jiwa kacau.


#5 -  Jangan ketawa semasa mulut penuh dengan makanan. Silap-silap tersembur ke muka orang dihadapan kita. Penumbuk lah makan dia.


#6 -  Jangan sendawa di meja makan kerana ia menggambarkan anda seorang yang selekeh serta pengotor.


#7 -  Jangan mencungkil gigi di meja makan walaupun dengan menutup dengan tangan. Ia tetap kurang sopan dan tidak beradab.


#8 -  Jangan korek hidung selepas makan. Ini sangat memualkan tekak.


Sudah baca harap boleh kongsi dengan rakan-rakan. Semoga memberi manfaat buat semua supaya menjaga adab ketika makan - Ladylista




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rokarina 23-4-2015 03:04 PM
terima kasih admin. bermanfaat mende2 ni
Quote munchkin 19-4-2015 03:47 PM
#4 -  Jangan menyebut atau menceritakan sesuatu perkara jijik dan meloyakan ketika makan. Ini jelas anda seorang yang mempunyai masalah mental atau jiwa kacau.

anak buah selebriti cerita pasal buang air dan kentut di meja makan. nak kata selebriti ke? sebab tak tau function dia apa tapi berita keluar pasal dia -  bukan penyanyi, bukan pelakon, model? (perasan model, pakaian pun tak sesuai dengan climate di sini)
Quote Mishsyira 8-4-2015 09:26 PM
Paling xsuka org sebut mnde jijik mse aq tgh mkn
Quote Ddion 8-4-2015 02:33 PM
hahaha the pics mmg make this list.
Quote biskutsusu 8-4-2015 12:13 PM
i memang tak boleh kalau dengar orang makan berbunyi
geli

tapi i boleh je kalau orang cakap pasal benda merepek waktu tengah makan
macam sebut tahi ke
yang tu tak geli
Quote kotakbaju 5-4-2015 04:59 PM
hahaha, gambar banyak yang kelakor

Lihat semua komen(6)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.143780 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top