“Kempunan” Dalam Masyarakat Melayu Lama Gambar hiasan “Jamahlah sedikit, nanti kempunan pulak ..” Kita sering diingatkan oleh ibu bapa supaya menjamah makanan sebelum keluar rumah supaya tidak kempunan. Ibubapa zaman dahulu sanggup mengambil sekepal nasi dari periuk dan memberikannya kepada anak yang sedang memakai kasut tergesa-gesa kerana sudah lambat ke tempat kerja atau ke sekolah. Selalunya anak itu akan mengambil nasi sekepal itu dan memakannya di hadapan ibu atau bapa untuk membuktikan padanya, nasi itu sudah dijamah. Anak itu akan melihat senyuman pada wajah ibu atau bapanya, seolah-olah beliau sudah menyelamatkan anak daripada musibah berakibatkan kempunan. Apakah sebenarnya pengertian kempunan? Kempunan adalah konsep menjamah makanan yang terhidang biarpun sedikit. Bagi masyarakat Melayu lama, selera seseorang tidak boleh dibuat main kerana jika dibiarkan makanan itu tidak tersentuh walaupun hati ingin merasainya, pasti akan berlaku malapetaka yang boleh mengakibatkan kematian. Selalunya apabila kita bertandang ke rumah orang Melayu, pasti ada hidangan kuih dan air. Paling sedikit pun, air segelas, kerana memang adat orang Melayu melayan tetamu dengan baik. Sekiranya kita tak menyentuh hidangan yang disuakan, pasti tuan rumah akan berkecil hati. Supaya tidak menyinggung perasaan tuan rumah, kita terpaksa menjamah sedikit, supaya tidak kempunan. Orang Melayu percaya, walaupun kita sebagai tetamu belum berselera untuk menjamah hidangan, secara tidak sedar, hati sudah berkata-kata tentang makanan yang terhidang. Makanan itu harus dijamah supaya kita tidak akan teringat tentang makanan itu apabila pulang. Tindakan menjamah makanan adalah untuk mengelak terjadinya kempunan. Kita pasti pernah mendengar kisah-kisah wanita mengandung yang mengidam hendak memakan sesuatu. Apabila seleranya tidak terpenuh, wanita itu akan kempunan. Mengikut cerita orang-orang tua, wanita yang kempunan selalunya menghadapi masalah ketika bersalin kerana bayinya belum merasai apa yang dihajatkan. Kesukaran melahirkan itu boleh mengakibatkan maut atau kecacatan pada bayi. Sekiranya kelahiran itu sempurna, bayi itu dikatakan air liurnya sentiasa meleleh sehingga besar, kerana kempunan makanan sewaktu dalam perut si ibu. Andai kita singkap semula kisah Wan Anum, isteri Laksamana Bentan yang mengidam memakan seulas nangka, ‘world view’ masyarakat Melayu pada waktu itu yakin bahawa selera hendak makan nangka itu bukannya selera si ibu tetapi selera si bayi yang dalam kandungan. Cerita ini juga seolah-olah menjadi pengukuhan untuk meyakinkan para bakal bapa supaya sentiasa memenuhi hajat selera isteri mengandung. Namun dalam cerita ini, Wan Anum menerima musibah dan mati kerana memenuhi keinginan seleranya memakan nangka raja. Dalam kisah ‘Batu Belah Batu Bertangkup’ pula, seorang ibu yang kematian suami sanggup meninggalkan dua orang anak yang masih kecil dan mnyerahkan dirinya dimakan puaka batu belah hanya kerana kempunan telur tembakul. Biarpun budaya masyarakat Melayu tidak pernah menggunakan kaedah membunuh diri untuk menyelesaikan masalah, namun dalam cerita ini menunjukkan teladan kepada anak-anak untuk menghargai si ibu dan tidak mementingkan diri sendiri. Melalui cerita ini juga, konsep ‘kempunan’ diberi pengukuhan dan meyakinkan ‘world view’ masyarakat Melayu lama tentang akibat-akibat buruk yang mengakibatkan kematian sekiranya seseorang itu kempunan. Ada pendapat yang mengatakan kempunan hanyalah menurut kepercayaan orang-orang melayu sahaja dan merupakan suatu kepercayaan turun-temurun. Masyarakat Melayu dahulu tidak mendapat jawapan terhadap fenomena semulajadi alam sekitar dan kesannya terhadap hidup mati manusia lantas mengaitkannya dengan ‘kempunan’. Malah, kepercayaan kempunan boleh membawa kepada syirik. Misalnya, seseorang tidak menjamah makanan dan kemudian meninggal dunia. Ada orang yang mengatakan, ‘kalaulah dia makan dahulu, dia mungkin tidak mati’. Tanggapan begini menjadi syirik kerana tidak mempercayai qadak dan qadar Tuhan. Kesimpulannya, tiada istilah atau konsep ‘kempunan’ dalam agama Islam.
|
4
Bagus |
5
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mattzzx replied at 1-4-2015 09:07 AM
Kempunan atau mengidam sama tak?
berun replied at 1-4-2015 05:15 PM
soalan yang bagus. mengidam dalam english 'craving' (Keinginan - kemahuan - mengidam )
mattzzx posted on 1-4-2015 09:07 AM
Kempunan atau mengidam sama tak?
ajinomotonosuga replied at 1-4-2015 06:51 PM
reason suh jamah tu nak buang FOKUS oang tu jek..bila fokus sangat mende yang dia tak sempat buat.. ...
kemaruk replied at 1-4-2015 08:37 PM
betul ni, aji
orang melayu dulukan kuat dalam isu psikologi ni
ajinomotonosuga replied at 1-4-2015 09:00 PM
memang kuat.. tu pasal kene korek..tgk apa tersirat
depa nak marah menantu..depa perli anak sen ...
ADVERTISEMENT