[Hoki] Malaysia Tewas Ditangan New Zealand Malaysia tumpas 2-4 kepada New Zealand pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini malam ini. New Zealand meledak 2 gol dalam jangka masa 5 minit menerusi Nick Haig dan Simon Child sebelum Rosli Ramadan meledak gol pertama negara pada minit ke 19. Mohd Shahrun Nabil Abdullah mengembirakan kem negara dengan jaringan penyamaan pada minit ke 52. Namun kegembiraan tidak kekal lama apabila New Zealand kembali didepan pada minit ke 55 menerusi Andy Hayward. Shay Neal memastikan New Zealand pulang dengan kemenangan dengan meledak gol ke-4 pada minit ke 57. Kekalahan ini nyata satu keputusan yang sukar untuk ditelan buat skuad hoki negara yang mengharapkan kemenangan dalam perlawanan pertama. sumber:www.stadiumastro.com
|
ADVERTISEMENT