KUALA LUMPUR: "Jat, jangan lupa wanita amat mustahak. Jagalah wanita dengan baik," kata Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dua jam sebelum Jamaluddin terlibat dalam nahas helikopter Sabtu.
Kata-kata itu membayangkan hasrat Jamaluddin selaku anggota Majlis Tertinggi UMNO agar Pergerakan Wanita parti itu di bawah pimpinan Shahrizat tetap utuh dan kukuh. Shahrizat berkata perbualan dan pesanan terakhir itu berlangsung dua jam sebelum nahas yang mengorbankan anggota Parlimen Rompin itu bersama lima yang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. "Arwah telefon saya dua jam sebelum nahas ini berlaku, kami berbual kira-kira 12 minit. Tidak sangka ia perbualan terakhir," kata Shahrizat ketika ditemui di Masjid Negara selepas pengkebumian arwah berlangsung.
|
ADVERTISEMENT