CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Pengawal Keselamatan Kena Tetak

6-4-2015 03:32 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9685| Komen: 40

5 pengawal keselamatan kena tetak


Nilai: Enam penyamun bertindak ganas dengan menetak enam mangsa membabitkan lima pengawal keselamatan dan seorang kakitangan Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia dalam kejadian samun, di sini, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1.40 pagi, lima pengawal keselamatan terbabit sedang mengawal lima blok bangunan di pusat itu manakala kakitangan berkenaan secara kebetulan datang ke pejabat untuk mengambil barang tertinggal.

Katanya, ketika itu enam lelaki bertopeng menceroboh masuk ke pusat terbabit dan mereka mendapatkan semua mangsa yang kebetulan berada di sudut bangunan.

Menurutnya, semua mangsa kemudian diikat dan dipukul sebelum keenam-enam mereka ditetak menggunakan parang serta kuku kambing.


“Selepas ditetak, kelima-lima pengawal keselamatan dan kakitangan pusat itu dihimpunkan dalam Blok Pentadbiran sebelum suspek melarikan barangan berharga milik mereka,” katanya.


Menurut sumber, akibat tetakan itu, kesemua mangsa membabitkan lima warga tempatan dan seorang warga Pakistan parah di bahagian badan, kaki, tangan dan kepala.

“Seorang daripada pengawal warga tempatan difahamkan putus tangan kanan akibat ditetak penyamun jahanam itu,” katanya.

Sumber berkata, ekoran mangsa dalam keadaan lemah, suspek menyelongkar bahagian pejabat bangunan namun tidak menemui barangan berharga.

“Dalam kejadian itu, suspek hanya melarikan telefon bimbit dan dompet milik kesemua mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kehadiran penjenayah terbabit disaksikan seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian menghubungi pihak polis.



12

Bagus
20

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mialunar 6-4-2015 02:31 AM
Dasat
Quote shahx 6-4-2015 02:37 AM
kejamnye. kesian diorang.
Quote alinone78 6-4-2015 05:31 AM
Ini kat malaysia k india???
Quote InVendeTTa 6-4-2015 05:43 AM
Ini bukan rompakan tp massacre. giler ah.aku suspek ni keje pekerja2 foreigner yg rmai kt kaw kilang area nilai 3 sna.
Quote famri7 6-4-2015 06:15 AM
Keganasan bagai aue dengan tebing.

Btw persoalannya arwahkah mureka?
Quote bellaa 6-4-2015 07:40 AM
famri7 replied at 6-4-2015 06:15 AM
Keganasan bagai aue dengan tebing.

Btw persoalannya arwahkah mureka?


Semua cedera parah..
Kan ada tulis dalam artikel nih.

Lain kali baca sampai habis sebelum komen.

Jgn menunjukkan kebodohan yg sedia ada.
Quote penjejak_awan 6-4-2015 07:49 AM
dem...dah mcam kt india dah
Quote miabebe 6-4-2015 07:49 AM
Arghhhhhhhhh kejam nyaaaaa gile lahhhhhh
Quote EJALTI 6-4-2015 07:53 AM
Giler......:

Dah macam kat India.....
Kat TV1 malam tadi, Wak Masalan cgpa 3.8 cakap 1Malaysia aman damai coz untung gst boleh digunakan untuk kebaikkan rakyat marhean......
Quote cikkatak 6-4-2015 07:58 AM
Dasatnye jenayah kat malaysia ni skang.. Kejam gila takde hati perut
Quote Felycya 6-4-2015 09:02 AM
main tetak tetak selamber je macam tetak ayam.
Quote zulka 6-4-2015 09:03 AM
pelik sungguh...5 org langsung tak berani lawan ka?
ni pengawal keselamatan kejadahnya takde telor....lawan la weh....tuihh
Quote stilla 6-4-2015 09:09 AM
Selamat datang ke negara Darul Aman.
Quote rosmahisham 6-4-2015 09:16 AM

kejam nyer ..lahai bpe sen sgt le merompak wallet n hphne pk guard tu..semoga perompak tu dpt pembalasan yg setimpal..warga tempatan pulak yg kena pk guard sirang je warga asing..tu yg aku kesian x psl2 sorang jd oku..tputus tgn.hrp dpt claim perkeso cpt2..
Quote amyainsamad 6-4-2015 09:28 AM
perompak terdesak....
Quote Login_ID 6-4-2015 09:39 AM
diserang tiba2..
salah sorang yang kena, staff kat saner :-(
Quote blackred99 6-4-2015 09:42 AM
adui, ganas sgt ni.
Quote aTiKah_aYuNi 6-4-2015 10:06 AM
kejam nyer!!!!!
Quote nononcrux 6-4-2015 10:09 AM
zulka replied at 6-4-2015 09:03 AM
pelik sungguh...5 org langsung tak berani lawan ka?
ni pengawal keselamatan kejadahnya takde telor. ...

ak syak. . suspect tu ade kuasa bugima. . dimana sekali hembus napas
magsa jadi layu lemah spt tiada telur. .

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.187956 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top