CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Resepi Ayam Percik Sedap Sengoti

6-4-2015 04:03 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4169| Komen: 3


Bila sebut je ayam percik mesti ingat masa bulan puasa kan sebab banyak dijual di bazar-bazar Ramadan. Tapi tak kan nak tunggu bulan puasa baru nak merasakan. Apa kata buat sendiri, tak susah pun. Resepi ni Ladylista bagi nama "Resepi Ayam Percik Sedap Sengoti" sebab ni ayam percik stail masakan Kelantan. Sedap sengoti tu bermaksud sedap sangat. Jom cuba cara buat ayam percik paling cepat, senang dan memang sedap sengoti



Bahan bahan:

1 ekor ayam - potong 4 

 

Bahan Perap:

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Garam secukupnya

 

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat

10 ulas bawang merah

1 inci halia

1 batang serai

3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas

Garam secukupnya

Gula - kena ada rasa manis

1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

 

Cara cara:

Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

 

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat..

 

Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

 

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. - Ladylista

 

 

Nota:

Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus. Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Justpilih 17-5-2015 03:41 PM
mahu cuba...
Quote Ddion 8-4-2015 02:32 PM
mmg sedap sengoti
Quote akificha 7-4-2015 02:38 PM
sedapnya...

Lihat semua komen(3)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.026056 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top