CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

30 Tahun Kaji Agama, Sami Peluk Islam

7-4-2015 05:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13873| Komen: 83

30 tahun kaji agama, sami peluk Islam


Majlis pengislaman sami berusia 66 tahun disempurnakan Abdul Rahim di Masjid Cina, Melaka,

MELAKA - Hampir 30 tahun mengkaji setiap agama di dunia ini, akhirnya seorang sami Buddha berusia 66 tahun mengambil keputusan memeluk Islam.

Pengalaman menjadi sami selama 28 tahun di Taiwan mendorong lelaki yang enggan identitinya itu didedahkan, mencari kebenaran dan akhirnya mengakui Islam merupakan satu agama yang indah dan sempurna.

Semalam, lelaki terbabit mengucap dua kalimah syahadah dalam satu majlis ringkas di Masjid Cina, di sini.

Presiden Persatuan Cina Islam Malaysia Cawangan Melaka (Macma), Lim Jooi Soon berkata, sepanjang menjadi sami di Taiwan, lelaki berkenaan banyak menghabiskan masa mengkaji setiap agama di dunia ini.

"Semasa menjadi sami, dia begitu banyak mengkaji tentang banyak agama di dunia ini. Dalam pengkajian itu, dia cuma menemui Islam sebagai sebuah agama paling lengkap dan meliputi segala aspek setiap kali berhujah.

“Dia banyak melihat agama Islam ini semakin berkembang, tetapi dia tidak tahu puncanya," katanya.

Menurutnya, lelaki yang berasal dari Johor itu datang ke negeri ini sejak tiga minggu lalu.

"Akhirnya, dia berjumpa saya dan saya telah menerangkan dengan menggabungkan bagaimana logik, sains dan hujah dapat dikaitkan dengan pencipta alam ini menyebabkan dia tertarik untuk memeluk Islam,” katanya selepas majlis itu semalam yang disempurnakan penaung Macma, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (Maim), Datuk Yaakub Md Amin dan Mufti negeri, Datuk Dr Mohadis Yasin.

Jooi Soon berkata, kini tugas Macma adalah untuk membimbingnya agar dapat mengetahui ajaran Islam secara mendalam.

“Kerja kami baru hendak bermula untuk mengajarnya dan kami hanya boleh mengajar dalam bahasa Mandarin kerana dia tidak fasih bahasa Melayu dan Inggeris. Ia mungkin menuntut sedikit kesabaran,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama semalam turut menyaksikan pengislaman seorang lelaki kurang upaya (OKU) berusia 31 tahun.

Menurut Jooi Soon, lelaki dikenali sebagai Teo itu dikatakan ditemui ketika hidup di dalam gelandangan dan hanya mengharapkan belas ihsan orang ramai untuk sesuap nasi.

“Dia mengalami kecacatan anggota kaki dan tangan. Rakan-rakan kami menemuinya sehingga akhirnya kami dakwah dia untuk tertarik terhadap Islam.

“Paling mencabar lagi bagi kami, OKU ini juga tidak berpelajaran dan tidak tahu membaca,” katanya. --SinarHarian

19

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekngucing 7-4-2015 10:59 AM
harap masuk islam betul2
hayati islam
bukan masuk arab
Quote fifie_olin 7-4-2015 11:02 AM
maknanya dia btl2 buat kajian...
pilihan yg tepat...
Quote obelisk 7-4-2015 11:11 AM
sekngucing replied at 7-4-2015 10:59 AM
harap masuk islam betul2
hayati islam
bukan masuk arab

30 tahun mengkaji tak mungkin main2 kot...

Quote revolusi_30 7-4-2015 11:14 AM
Akhir nya dpt nikmat kawin la kan.  
Quote scorpionkiki 7-4-2015 11:15 AM
Harap dia tak jd islam celup mcm kita sampai penganut agama lain tengok kita ingat islam teruk...sedangkan tindak tanduk kita the opposite of what islam represents
Quote Mr_Beruk 7-4-2015 11:17 AM
Yang mencari terikat kepada pencarian-nya,
yang mengkaji terikat kepada pengkajian-nya,
Yang memileh terikat kepada pemilehan-nya,
Yang dapat dicari, dikaji, dipileh adalah terikat kepada
si pencari, pengkaji dan pemileh itu sendiri.

Quote Innrukia 7-4-2015 11:17 AM
shame on us... Islam warisan & take advantage of that
Quote the_killer 7-4-2015 11:18 AM
hidayah tu milik Allah
Quote cik_nit 7-4-2015 11:19 AM
Mr_Beruk replied at 7-4-2015 11:17 AM
Yang mencari terikat kepada pencarian-nya,
yang mengkaji terikat kepada pengkajian-nya,
Yang memil ...

Agreed
Quote dauswq 7-4-2015 11:28 AM
Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat...pihak zakat melaka dh boleh hulurkan bantuan kewangan spnjg proses pembelajaran makhluk Allah ni
Quote zjen 7-4-2015 12:03 PM
dah x rela vegetarian kot,  nak bidadari....  iols makin kaji makin x minat,  bidadari utk kaum jantan je,  bukan utk iols
Quote ajie2000 7-4-2015 12:08 PM
ketuanan DAP semakin tercabar nampaknya..
Quote lostfaith 7-4-2015 12:09 PM
Baguslah. Diberikan kebebasan memilih apa yg dipercayainya.

Cuma yang dikesalkan treatment yg amat berbeza bagi orang yg lahir dalam agama islam. tidak diberikan kebebasan untuk memilih apa yg dpercayai. kalu bertindak secara open, ugutan bunuh la yg dapat n dikeji n dihina seluruh masyarakat. Keluarga juga diberikan tekanan maha hebat. Di manakah keadilan.....
Quote gaara_X 7-4-2015 12:34 PM
alhamdulillah......
Quote bluehedgehog 7-4-2015 12:37 PM
dijek/sekucing/jejakawan: ni cina baik, yg lain cina dap
Quote white_musk 7-4-2015 01:04 PM
lostfaith posted on 7-4-2015 12:09 PM
Baguslah. Diberikan kebebasan memilih apa yg dipercayainya.

Cuma yang dikesalkan treatment yg am ...

agree with you ...
Quote white_musk 7-4-2015 01:13 PM
zjen posted on 7-4-2015 12:03 PM
dah x rela vegetarian kot,  nak bidadari....  iols makin kaji makin x minat,  bidadari utk kaum jant ...

untuk pompuan katanya ada bidadara... entah apa itu bidadara pun taktau la sis... ponen kot....
untung kan dia dapat memilih.....
Quote lavabutang 7-4-2015 01:18 PM
lostfaith replied at 7-4-2015 12:09 PM
Baguslah. Diberikan kebebasan memilih apa yg dipercayainya.

Cuma yang dikesalkan treatment yg am ...

lu nak adil lu mampos dulu la...

kat sana nanti...pasti adil seadil adilnya.


Quote kucen_miang 7-4-2015 01:21 PM
semoga kajiannya dibukukan utk ditelaah umat manusia. Islam win.

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.093088 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top