CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Apa Itu Denggi Dan Tanda-Tanda Demam Denggi

8-4-2015 04:17 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4920| Komen: 0




Demam denggi adalah disebabkan oleh Virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk aedes. Dianggarkan terdapat 100 juta kes denggi di serata dunia setiap tahun. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini.


Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:


1. Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.


2. Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.


Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi( germs flavirines ) yg disebabkan oleh nyamuk aedes betina. Virus denggi akan terpendam didalam badan pesakit selama 3-4 hari ( purata 4 hingga 6 hari ) sebelum menunjukkan tanda tanda pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan hubungan tanda dan gejala tidak khusus.


7 Tanda-Tanda Demam Denggi :

- Cirit birit 

- Demam dan gatal gatal 

- Sakit bahagian belakang biji mata 

- Sakit kepala yang teruk

- Sakit otot dan sendi yang teruk

- Sakit perut

- Sakit pingang yang teruk ( demam tulang pecah )


Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.


Selain tu, boleh cuba minum air 100plus atau sup ketam. Semoga perkongsian ini membantu kita sedikit sebanyak mengetahui apakah itu demam denggi. - Ladylista




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.190883 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top