CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Engineer Hanya Rm1300?

9-4-2015 11:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16037| Komen: 128

Guru KAFA Menangis Ketika Sidang DUN Selangor


Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.

SHAH ALAM: Ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sedang berlangsung, seorang guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) tampil mendesak kerajaan negeri supaya menaikkan elaun daripada RM1,300 kepada RM1,500 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Menurut Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hanya menabur janji manis kononnya bakal menaikkan elaun terhadap guru KAFA, sebaliknya hanya untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum (PRU13) yang lalu.

Jelasnya, guru KAFA di negeri itu sehingga kini masih berpendapatan di bawah golongan miskin.

"Sudah sekian lama kami ternanti-nanti hasil perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) agar dinaikkan elaun.

"Mungkin ada yang beranggapan kami sekadar mengajar Alif, Ba, Ta di sekolah, bekerja hanya 5 jam sehari dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari untuk sesi pagi dan 1 petang sehingga 6 petang untuk sesi petang sudah cukup dan perlu bersyukur sahaja.

"Sedangkan tugas sebenar kami seperti éngineer'(jurutera) utama setiap sekolah-sekolah agama.

"Saya memohon jasa baik kerajaan negeri Selangor bukan sahaja mempertimbangkan kenaikan elaun kami tetapi melunaskan manifesto PR pada PRU13 dengan kadar segera," katanya yang mewakili 10,000 guru KAFA di seluruh Selangor di sini hari ini.

Difahamkan, isu kenaikan elaun bagi guru KAFA berlanjutan sejak di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga di ambil alih Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Dalam perkembangan yang sama, suasana tiba-tiba sayu apabila Ekhsan turut menarik perhatian para media apabila menitiskan air mara kerana tersentuh mengenangkan nasibnya dan rakan guru KAFA yang lain.

Menurutnya, peningkatan kos sara hidup pada masa kini mendesaknya dan rakan yang lain untuk mendapat jaminan kenaikan elaun daripada kerajaan negeri.

Sebelum ini Ekhsan turut memaklumkan kerajaan negeri melalui exco terdahulu juga pernah mengumumkan kenaikan elaun namun sehingga kini tidak dilaksanakan.

7

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 8-4-2015 09:17 PM
Mungkin pendapatan penjual Es Krim lagi banyak di Selangor......

Wallahualam.
Quote axl_bach 8-4-2015 09:20 PM
cilabi ko com, tajuk misleading abis......lol
Quote lurve82 8-4-2015 09:21 PM
mmg gj engineer sket pun...my spouse byk tu je la gaji...sedey...
Quote zuri154 8-4-2015 09:22 PM
setahu iols guru kafa kt selangor dapat dua gaji. satu sekolah byr dan satu jais byr. kalo tunjuk salah satu mmg skit tp kalo tunjuk dua2... adalah dlm 2 ribu lebih.
Quote dino 8-4-2015 09:40 PM
zuri154 replied at 8-4-2015 09:22 PM
setahu iols guru kafa kt selangor dapat dua gaji. satu sekolah byr dan satu jais byr. kalo tunjuk sa ...

amenda la bleh buat dgn 2k kat kl nih....itu duit byr rumah kereta bil2 segala sajork.... blum kira makan pakai lg huhu
Quote Anak_Nogori 8-4-2015 09:45 PM
Untung lagi peliwat banduan duk dlm penjara masih kekal jadi punaisihat ekonomi selangor dari jd guru kafa yg dijanjikan kenaikan.

Munafik.
Quote imthegirl 8-4-2015 09:51 PM
Guru kafa ni apa beza dari ustaz dan ustazah sekolah tu?
Quote lavabutang 8-4-2015 09:57 PM
Habis la...engineer sekarang pun tak mampu berp1wimax dah..

Perlagi budak voka kerja pasang kabinet dapur tuuuu ..


Quote fire_place 8-4-2015 10:16 PM
imthegirl replied at 8-4-2015 09:51 PM
Guru kafa ni apa beza dari ustaz dan ustazah sekolah tu?

Kelulusan minimum nak jd cikgu kafa ni spm je.
bukan mcm ustazah sekolah kena kelulusan tinggi.
Quote miss_baby 8-4-2015 10:19 PM
engineer kalo nak gaji byk, kena jump jump jump..
jgn dok statik satu tempat..slow gaji
Quote hambaallah1709 8-4-2015 10:21 PM
bukankah gaji kafa or maybe dipanggil elaun ikut harian...sehari rm40 kn?
pastu ngajar dari kul 2pm - 5pm...isnin-khamis?
sebab i penah tolong ganti ustajah kafa...
dia terus bagi i rm40 sebab gnti dia haritu...

taktau la plak kalau tahun ni da berubah..tak pernah la plak tanya gaji/elaun exactly dorang dapat berapa
Quote kerunai 8-4-2015 10:28 PM
terkejutnya gaji engineer bnyk tu

wow
Quote imthegirl 8-4-2015 10:31 PM
fire_place replied at 8-4-2015 10:16 PM
Kelulusan minimum nak jd cikgu kafa ni spm je.
bukan mcm ustazah sekolah kena kelulusan tinggi.

Oh guru kafa ni yang ajar sekolah agama tu ye?
Kira nya diorg ni ada training mcm institut perguruan tu jugak ke atau direct lepas habis spm boleh apply dan boleh terus mengajar?
Quote airfilterkotor 8-4-2015 10:34 PM
Memang gaji injenur ada yang dapat banyak tu jer. So...?
Quote airfilterkotor 8-4-2015 10:37 PM
Ada jugak sohai tua kutuk ni dok ratib nama nuart.

3 perkara paling berharga:
satu.... nuart
dua.... rectum sepol
tiga.... puting sapu KY.
Quote JohnDeSouza 8-4-2015 10:38 PM
social engineering kot
Quote Cyempaka 8-4-2015 10:46 PM
Cikgu2 ni suka perasan merekalah engineer,arkitek,menteri,lilin,pelita, gunung,kapet, blablabla kpd murid2...  

#kalo kena hentam pasni aku nak dok dendiam je...
Quote intriQue 8-4-2015 10:52 PM
lurve82 replied at 8-4-2015 09:21 PM
mmg gj engineer sket pun...my spouse byk tu je la gaji...sedey...

Knp sikit sgt gaji spouse u? Bukan starting gaji engineer RM3k ++ ke?
Quote sayawifenikmie 8-4-2015 10:54 PM
Allahhhh ..... usahakanlah buat kerja ke-2 di waktu pagi / petag adik adikku ..... jual ais krim bak kata abang midin tu .. senang2 dapat rm100 sehari .... abang ipar saya ,, PAR di kem asakar .. gaji seciput .. tapi ..petang2 dia jual ais krim ... sabtu ahad di ajual ais krim ..s ehari .. katanya dapat untung dalam 80-100+ ....  cuba lah .... buat pulakkelas2 mengajar dari rumah ke rumah .... usaha sikit sayang ...

kasihan sebenarnya ...  tapi itu lah .. zaman internet ni .. semua duit ... tapi .. duit tu sennang nak cari sebenarnya kalau ada usaha ...

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071960 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top