CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Digital & IT Lihat artikel

Skype Translator Kini Menyokong Bahasa Mandarin

9-4-2015 03:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4845| Komen: 0

Description: Skype Telah Memperkenalkan Fungsi Skype Translator Yang Menawarkan Kebolehan Terjemahan Masa-Nyata Ketika Panggilan Video, Sekaligus Membolehkan Para Pengguna Seluruh Dunia Berinteraksi Antara Satu Sa ...
Skype Translator Kini Menyokong Bahasa Mandarin

Skype telah memperkenalkan fungsi Skype Translator yang menawarkan kebolehan terjemahan masa-nyata ketika panggilan video, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia berinteraksi antara satu sama lain walaupun menggunakan bahasa yang berbeza.

Ketika pengenalan, ia hanya menyokong bahasa Sepanyol dan Inggeris sahaja, dan hari ini pihak Skype turut memperkenalkan sokongan untuk bahasa Mandarin.

Bahasa Mandarin juga merupakan salah satu bahasa utama yang digunakan dalam perbualan harian di Malaysia, maka kemaskini dan ujian beta untuk Skype Translator ini juga secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pengguna tempatan.

Bercakap mengenai kejayaan disebaliknya, bahasa Mandarin mempunyai sejumlah besar frasa untuk dipelajari, dan kejayaan Microsoft memperkenalkan Skype Translator untuknya memberikan idea yang mana mereka juga berupaya menjayakan pengenalan bahasa lain di dunia pada platform mereka itu. Pengenalan sokongan bahasa Mandarin ini juga hadir lanjutan daripada fokus pihak Microsoft untuk pasaran China baru-baru ini.

Bagi anda yang ingin mencuba Skype Translator, anda boleh mendaftar minat untuknya hari ini, dan mencuba versi pembangunan awal untuknya sebelum ia diperkenalkan dalam fasa stabil.

Layari : Skype Translator
kredit:www.amanz.my

                                                                                                                                            
                                                                                                                                                               
                        


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036145 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top