CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Drypers Raikan Detik-Detik Harian Bersama Ibu Dan Anak

10-4-2015 05:18 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3865| Komen: 0



Drypers Raikan Detik-Detik Harian Bersama Ibu Dan Anak Menerusi Kempen ‘Moms Of Malaysia’   

Kuala Lumpur, April 2015 – Gelak ketawa, pandangan manja, genggaman halus jari jemari – pastinya ia merupakan detik-detik harian istimewa yang mengukuhkan ikatan serta hubungan antara ibu dan anak.


Peneraju produk lampin pakai buang, Drypers, kini mengetengahkan satu misi untuk menyemarakkan hubungan yang unik antara ibu dan anak menerusi kempen ‘Moms of Malaysia’ yang bakal berlangsung di Blue Concourse, Lower Ground di Sunway Pyramid mulai 23 – 26 April 2015.

Drypers, sebuah jenama di bawah syarikat SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd sudah menjadi produk pilihan golongan ibu di Malaysia selama 15 tahun. Bagi menghargai usaha kaum wanita yang banyak mencurahkan nilai kasih sayang dan detik-detik berharga bersama anak kecil, Drypers menghimpun para ibu untuk diraikan dalam satu majlis antara ibu dan anak. Dengan sambutan Hari Ibu yang akan tiba tidak lama lagi, ia menjadikan masa paling sesuai untuk mengiktiraf perkongsian detik-detik berharga antara ibu dan anak.


“Kami mahu mempamerkan dan meraikan detik-detik yang mungkin nampak remeh tetapi amat bermakna buat kaum ibu. Masa pantas berlalu tanpa disedari ketika anda sibuk menjaga si manja kesayangan anda. Ini membuatkan interaksi antara ibu dan anak lebih bernilai dan signifikan. Kempen Drypers Moms of Malaysia menggalakkan semua ibu untuk menghargai detik-detik harian bersama anak mereka - suatu sentimen yang didokong oleh Drypers,” kata Evelyn Chan, Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd.


Sewaktu kempen dilancarkan (bermula pada 2.30pm pada 23 April), bintang harapan televisyen yang bakal menjadi seorang ibu dan juga penyokong Drypers Moms of Malaysia, Elaine Daly, akan bersama – sama dua sahabat dan ibu, Aishah Sinclair dan Dr. Jezamine Lim Iskander untuk satu sesi perbincangan dari hati ke hati mengenai detik-detik harian yang bernilai serta yang dihargai sebagai seorang ibu.


Lebih 200 kepingan gambar bersama keterangan yang merakam detik-detik harian ibu-ibu berkongsi saat istimewa dengan anak mereka akan dipamerkan pada sebuah arca berbentuk hati di kempen Drypers Moms of Malaysia.


Para ibu dari seluruh negara juga digalakkan untuk memuat naik detik-detik harian mereka bersama anak kesayangan di laman sosial Drypers Facebook Page dengan memberi kapsyen ringkas dan hashtag #LoveEveryMoment untuk membolehkan gambar mereka dipilih dan dipamerkan di ruang pameran nanti. Pengunjung ke kempen Drypers Moms of Malaysia juga boleh memuat naik gambar mereka pada hari tersebut.


Ahli-ahli Drypers Baby Club juga akan menerima layanan khas termasuk peluang menyaksikan pertunjukan boneka, sesi bercerita dan snek percuma di ruangan VIP. Pelbagai hadiah misteri sedang menanti 1,200 ahli pertama.


Ibu bapa dan mereka yang bakal bergelar ibu bapa dijemput menyertai Drypers Baby Club dengan mendaftar di www.drypers.com.my untuk menjadi sebahagian daripada komuniti keibubapaan yang memberi sokongan dan galakan kepada mereka yang berada dalam pelbagai fasa untuk menjadi seorang ibu termasuk tip-tip dan nasihat.


Ahli kelab juga akan menerima e-mel mengenai penjagaan kanak-kanak dan manfaat program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengumpul mata apabila membeli barangan Drypers. Mata ganjaran itu boleh ditebus untuk mendapatkan alat bantuan pengajaran menarik.


Antara aktiviti yang akan diadakan untuk kanak-kanak pada kempen itu ialah peluang menaiki belon yang pastinya cukup menarik. Tidak lupa juga pelbagai permainan lain disediakan untuk ibu dan anak. Anda juga berpeluang memenangi hadiah Drypers sepanjang program itu berlangsung.


Pelanggan yang mengunjungi kempen Drypers Moms of Malaysia dan membeli produk Drypers layak menerima pelbagai hadiah menarik termasuk sesi fotografi khas bersama anak-anak.


Sila layari Drypers Malaysia Facebook page di https://www.facebook.com/DrypersMY untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.027889 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top